Rabu, 18 Julai 2012

Jangan Tidur Lagi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Petang tadi ibu ada kelas tambahan. Walaupun agak penat, melangkah ke sekolah semula petang tadi dengan semangat yang berkobar-kobar. Ibu gembira kerana dalam ujian baru-baru ni, beberapa orang anak didik menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan. Walaupun hanya sebahagian kecil namun amat bermakna buat ibu. 

Selalunya semasa ibu tiba, kelas bagai nak roboh dengan riuh rendah suara murid-murid walaupun dah dibekalkan dengan kerja. Kemudian, melangkah masuk ke kelas, pasti aduan datang bertalu-talu. Si A kata B bermain, B kata C bising, C kata D main ejek-ejek dan macam-macam lagi.  

Hari ni, suasana kelas sunyi dan sepi. Semuanya tekun menyiapkan kerja. Sejuk hati. Bukan mudah nak dapatkan suasana begitu. Agaknya, kejadian pagi tadi dah menyedarkan mereka. 

Pagi tadi beberapa kali ibu bersalin kulit semata-mata nak beri kesedaran kepada anak didik yang masih diulit mimpi walaupun UPSR dah terlalu hampir. Sekejap ibu jadi pakar motivasi, kemudian bertukar jadi ustazah. Ada ke patut, sedang ustazah bagi tazkirah ada yang main-main; sengeh kiri sengeh kanan. Apa lagi.. ustazah bertukar rupa jadi ibu tiri. Dalam pada itu, ada lagi yang cuit sana cuit sini. Terus ibu tiri menjelma jadi tarzan. Masa ni, semua terkedu. 

Dah tak tau nak nasihat macam mana, akhirnya ibu buat rayuan. Merayu agar semua 35 orang anak ibu buat perubahan sikap dan memandang ke hadapan. Kemudian, ibu bagi kata-kata hikmah kat atas ni.

P/s: Sedihnya mengenangkan nasib anak bangsa. Apa nak jadi kalau nak datang atau tidak ke sekolah ikut selera sendiri je. 


5 ulasan:

  1. Kita yg bukan guru ni pun kekdg sedih tgk mereka yg sambil lewa kak

    BalasPadam
  2. itulah kita kak mie....brbagai cara kita lakukan demi menyedarkan mereka..yah pernah menangis dpn anak2 didik krn amat2 sedih n trkilan....ttp mcm kata kak mie, trkdg rasa mcm xde maknanya semua itu buat mrk....
    Mlm td pn yah ada xtraa class...sorg budak siap bawa game dtg tuisyen..mcm mana hr xsedih + panazzzz.....

    BalasPadam
  3. Besarnya jasa seorang guru, tahniah kak kerana bergelar seorang pendidik..

    ps: Cakap pasal tarzan teringat baru2 ni sy g ceramah di sebuah sekolah rendah, masa sy dalam dewan sy tgk cikgu dia lembut je walaupun budak2 tu mak aih, susahnya nak dicontrol. Lepas ceramah elok je sy turun tangga sbb cikgu lain jemput minum, sy dgr suara 'tarzan' dr dalam dewan. Hahaha.. Garang rupanya cikgu tu, tapi dia hormat tetamu.. Nak marah tgu penceramah keluar dewan.. :D

    BalasPadam
  4. js pun heran ngan anak2 skrg...js pernah tengok depa ni tak segan pun kt guru berpimpin tgn ngan boyfriend wp dlm kawasan skolah...tah la rasanya dulu kita takde la camtu...js slalu pesan kt anak2 supaya tak jadi camtu hormatilah suasana ketika kita berada di mana dan ketika itu...^^

    BalasPadam
  5. wahhh garangnya akak dari ibu tiri terus jadi tarzan hahaha..tapi memang laa kan kalau dah kita dok pom pang pom pang kat depan tp anak2 murid tak bagi perhatian memang angin satu badan laa kan hahaha apa pun salam kenal yer kak, saya singgah sini dan follow blog akak ;-)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA