Isnin, 11 Mac 2013

Kata-kata Hikmah - Allahyarham Ustaz Rujhan Mohamed Razali

Assalamualaikum wbt dan salam ceria. 

Sebagaimana yang kita ketahui dan telah ibu coretkan dalam entri di sini, Allayarham Ustaz Rujhan Mohamed Razali telah kembali ke rahmatullah  pada Jumaat, 8 Mac 2013. Ibu juga pernah coretkan tentang kehadiran allahyarham ke sekolah ibu untuk menyampaikan ceramah dalam entri Suci Hati, Tinggi Prestasi.

Banyak ilmu yang telah Allahyarham tinggalkan buat panduan kita menjalani kehidupan. Sememangnya, allahyarham dikenali kerana sering menyelitkan kata-kata hikmah dan madah-madah yang menarik dalam ceramahnya. 

Berikut adalah antara petikan kata-kata hikmah daripada
Allahyarham Ustaz Rujhan Mohamed Razali

************************************* 
 
"Jika tak dapat apa yang kita suka,
Sukailah apa yang kita dapat."
 
"Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi."

"Hidup ini terlalu singkat dan
ia menjadi bertambah singkat
andai kita banyak membuang masa."

“Hidup tidak selalu indah
kerana di situlah terletak indahnya kehidupan."
 
"Hitunglah kesyukuranmu,
jangan hitung kesukaranmu."
 
"Buta mata tak nampak jalan di dunia,
buta hati tak nampak jalan ke syurga."
 

3 ulasan:

  1. saya suka kata-kata hikmah ini... :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ibu, sheila suka kata-kata hikmah allahyarham ustaz ni. al-fatihah buat beliau.

    BalasPadam
  3. Al-fatihah..semoga arwah ditmptkan dikalangan org2 yg briman....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.