Selasa, 7 Mei 2013

Petua Membuang Toksin dari Tubuh

Air putih 
Air putih berupaya membersihkan sistem pencernaan. Air putih bekerja menghilangkan racun dan makanan yang mungkin tersisa dan berkumpul dalam usus  melalui kulit dan ginjal. Minumlah dua gelas air putih setiap pagi setelah bangun tidur, dalam keadaan perut kosong dan minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari.


Jus epal dan daun saleri 
Kisar sebiji epal bersama sebatang daun saleri. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.Jus epal dan daun saleri ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau masalah penghadaman.

Air kelapa hijau 
Air kelapa hijau bermanfaat untuk membersihkan saluran pencernaan bahkan dapat melawan kuman, virus dan bakteria. Minum air kelapa hijau secara teratur juga berupaya meningkatkan daya tahan tubuh.




27 ulasan:

  1. Air putih tu kakak dah biasa tapi jus epal campur daun saleri belum pernah buat lagi. Sedap tak Salmi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayapun baru nak cuba Kakzakie..

      Padam
  2. Balasan
    1. Lepas ni boleh kita amalkan ya Nor..

      Padam
  3. Saya dah hampir 5 bulan amalkan minum jus epal hijau dan daun saleri...mmng sangat berkesan utk mereka yg mempunyai masalah penghadaman..rasanya pun sedap....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ye ke MP. Akak baru nak mula..

      Padam
  4. nice nii nak amalkan laa minum air epal tu.. selalu ad mslh phadaman hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah Mar, ramai yang kata bagus..

      Padam
  5. wah...nasib baik akak share tentang toksin nie....sekarang, wawa sedang usaha nk buang toksin nie...banyak sangat!!!

    BalasPadam
  6. Perkongsian yang baik ini....thanks!!

    BalasPadam
  7. Salam manis... :)

    Tq for your info 'Ain...sangat berguna buat rujukan.. :)

    BalasPadam
  8. Salmi*Ain...silap nama... :)

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Saya sentiasa cuba untuk minum air putih sebanyak mungkin tapi susahlah ibu sebab saya ni tak rajin minum air

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rajinkan diri Ainim. Untuk kebaikan dalam jangka panjang ni..

      Padam
  11. air putih mmg jadi amalan..begitu juga jus epal ttp tang btg saleri tu rasanya xsanggup kot sbb baunya yah xsuka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah campur epal tak terasa sangat Yah..

      Padam
  12. Nak minum air kosong byk tu yg tak boleh nak istiqamah. Tp itu lah yg paling bagus sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena paksa diri, Rose. Untuk kebaikan diri sendiri juga..

      Padam
  13. Nice sharing... Nk cuba istiqamah minum 8 gelas or 3 liter air sehari... Huhu

    BalasPadam
  14. mia memang selalu minum air masak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang amalan yang bagus tu Mia. ramai yang gagal dalam soal minum air yang banyak ni..

      Padam
  15. Sama-sama kita amalkan, Neon..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.