Selasa, 7 Mei 2013

Singkirkan Toksin dari Tubuh

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh toksin kerana toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ lalu merosakkannya..

Toksin yang hadir di dalam tubuh kita sebenarnya
tidak wujud begitu saja. Sebaliknya, ia datang daripada makanan atau udara yang kita sedut. Toksin hanya mula menunjukkan dirinya setelah berkumpul selama bertahun-tahun malah berpuluh tahun di dalam tubuh kita.


Toksin masuk ke dalam tubuh melalui pelbagai cara seperti: 
  • Udara: Udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan.
  • Makanan/minuman: Makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya. 
  • Ubatan: Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • Radiasi: Pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro.
  • Makanan tidak hadam: Makanan yang tidak hadam dan tinggal dalam usus akan mengalami tindak balas biokimia dan meracuni tubuh dari dalam
  • Dehidrasi dan malnutrisi: Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindak balas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia.

Secara normal, badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal. Proses penyingkiran toksin atau nyah toksin ini dikenali sebagai detox.

Langkah penyingkiran toksin (detox) secara semula jadi: 
  1. Puasa - Rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox.
  2. Hati - Rangsang hati untuk membuang toksin dengan mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sebagainya.
  3. Sistem Penghadaman - Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  4. Kulit -  Minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  5. Makanan Berkhasiat - Setelah melalui proses detox, kawal pemakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  serta menggunakan sistem penapis air yang baik.
Ps: Sayangi diri, jaga kesihatan.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu, thanks for the info. bagus ni. boleh membantu semua rakan untuk lebih sihat :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.