Ahad, 12 Mei 2013

Tips Hadiah Hari Guru

Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Sudah tentu, anak-anak kita yang bersekolah rendah atau menengah sedang berkira-kira untuk membeli hadiah buat guru masing-masing. 

Buat anak-anak dan ibu bapa yang sedang tercari-cari apakah hadiah yang mahu diberikan kepada guru kesayangan, di sini dikongsikan sedikit tips yang diharapkan dapat membantu

Satu perkara penting yang perlu kita ingat, harga sesuatu hadiah itu tidak penting tetapi nilai hadiah itulah yang perlu diberi keutamaan.


Tips Hadiah bagi Guru Wanita
  • Kad yang direka sendiri 
  • Sebatang pen 
  • Stationery holder 
  • Mug - ditulis ucapan atau kata-kata yang sesuai 
  • Bingkai gambar yang menarik 
  • Kek hari guru 
  • Sekotak coklat 
  • Sebuah novel - bagi guru yang minat membaca novel 
  • Sejambak bunga segar 
  • Tuala - disulam dengan ucapan "Selamat Hari Guru"
  • Sejadah
  • Tudung 
  • Sepasang kain  
  • Telekung

Tips Hadiah bagi Guru Lelaki
  • Kad yang direka sendiri 
  • Sebatang pen 
  • Stationery holder 
  • Mug - ditulis ucapan atau kata-kata yang sesuai 
  • Bingkai gambar yang menarik 
  • Kek hari guru
  • Tuala - disulam dengan ucapan "Selamat Hari Guru"
  • Sejadah
  • Tali leher
  • Kemeja-T
  • Kemeja
  • Sehelai jubah

Ps: Berilah sesuatu yang boleh digunakan atau sesuatu yang akan dikenang oleh guru.

11 ulasan:

  1. masa sekolah dulu selalu blur dan beli hadiah ape kt cikgu last2 sekali main hentam saja

    BalasPadam
  2. good sharing ibu..:)

    BalasPadam
  3. dah bertong2 koleksi hadiah yg dikumpul..yah berangan nk buat 1 bilik khas utk simpan semua tu...angan2 tinggal angan2..huhuhu....

    BalasPadam
  4. Bagus ni..tips hadiah hari guru...

    BalasPadam
  5. wah mmg terbaik...hehe mesti ibu pun suspen nak dapat hadiah apalah nanti tu...

    BalasPadam
  6. Kakak ingat kali ini nak belikan coklat sebab pernah sekali anak kakak beri bunga tetapi bila ada jualan amal sekolah cikgu itu jual bunga itu - adik kata cikgu dah tak suka (sebenarnya kakak rasa kalau tiap tahun dapat manalah cikgu tu nak simpah semua hadiah kan.... budak tak faham).

    Tips yg baik buat kakak jadikan panduan:)

    BalasPadam
  7. terima kasih kak sebab nak mula nak cari untuk muallim dan muallimah SUmaiyyah ni

    BalasPadam
  8. Tkasih kak, mmg tgh cari2 hadiah ni :-)

    BalasPadam
  9. Dulu kt skola bg kad ucapan jer, tu jer yg termampu..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    http://insanbiasabiasa.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. wahhh... hehehe bagus juga ni...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.