Selasa, 4 Jun 2013

Doa Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan

Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa ketika anak-anak sedang menghadapi ujian/peperiksaan penting. Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan.

Ketika anak-anak sedang berjuang di dewan peperiksaan, ibu bapa pula lakukan amalan ini:
  1. Ambil wuduk 
  2. Menghadap kiblat 
  3. Baca Kalimah Syahadah (3 kali) 
  4. Baca Surah Al-Fatihah (10 kali) 
  5. Baca Surah 3 Qul (1 kali) 
  6. Baca Surah Insyirah (1 kali)
  7. Baca Selawat (10 kali) 
  8. Baca Surah Yaasin (1 kali) 
  9. Baca Surah Insyirah (100 kali) 
  10. Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

والله أعلم بالصواب
Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar.

Sumber: SINI

13 ulasan:

  1. insha Allah doa ibubapa mustajab, thanks sharing kak :)

    BalasPadam
  2. Insyallah....akan diikut....... tq...berkongsi tips ...

    BalasPadam
  3. assalam,

    sepatutnya semua ibu bapa dapat amalkan ini..

    BalasPadam
  4. terima kasih atas perkongsian ni kak mie.

    BalasPadam
  5. Kakak memang amalkan ini Sal sebab anak-anak pun dah besar bila mereka exam kakak tak senang dipejabat. Kalau takat UPSR yg 3 hari tu memang kakak cuti. Duduk di surau sekolahnya terus baca selagi dia belum keluar dewan selagi itu kakak baca..

    BalasPadam
  6. teringt kenangan waktu belajar...mak pesan bc tiga kul, lepas tu bismillah hi tawakaltul a` allah

    BalasPadam
  7. Salam mesra buat Cikgu dan Ibu Salmi..

    Pagut tempua si ayam selasih,
    Selasih seribu melekat separuh;
    Berpaut doa bersulam kasih,
    Kasih ibu sehebat tumbuh.

    BalasPadam
  8. thanks for sharing ibu. mudah2an anak2 kita dipermudahkan pabila nak jawab exam hendaknya

    BalasPadam
  9. doakita sebagai ibu bapa mmg pling mustajab..

    BalasPadam
  10. TQ sharing Kak.. boleh amalkan nti bila anak dah sekolah..:)

    BalasPadam
  11. Terima kasih kak...;-)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.