Isnin, 12 Ogos 2013

Meredah Kepekatan Malam

Tika orang lain sedang lena diulit mimpi, kami sekeluarga masih meredah kepekatan malam menuju destinasi; baiti jannati. Namun, kami tidak sendirian. Puluhan kenderaan turut menemani kami di jalanan.

Moga perjalanan yang masih berbaki hanya beberapa kilometer ini terus dipermudahkan dan kami sekeluarga tiba dengan selamat. Aamiin..

Ahad, 11 Ogos 2013

4 Syawal di Jalan Raya


Assalamualaikum wbt.. Hari ini dah 4 hari kita di bulan Syawal. Tentu masing-masing masih sibuk beraya. Bagi ibu sekeluarga, aktiviti beraya seperti makan-makan dan jalan-jalan terhenti seketika pada Syawal ke-4 ini.

Hari ini Angah dan Ude pulang ke kolej masing-masing. Boleh dikatakan sepanjang hari kami berada di atas jalan raya. Pagi tadi selepas membeli-belah keperluan Angah dan Ude, kami terus bergerak ke Kuala Pilah. Terpaksa hantar Ude dulu kerana Ude perlu sampai sebelum jam 7.00 petang. Sebenarnya, boleh aje sampai lebih lewat tapi kenalah menapak dari luar kerana kenderaan dah tak boleh masuk.

Pukul 4.00 petang kami bertolak ke Dungun dan tiba pukul 10.00 malam. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan biarpun kenderaan bertali arus.

Ikutkan ibu, mahu aje bermalam di Dungun tapi ayah keberatan. Jadi, selepas makan, lebih kurang pukul 11.00 malam kami bertolak pulang.

Sekarang kami masih dalam perjalanan. Doakan moga kami selamat tiba.


Jumaat, 9 Ogos 2013

Raya Sakan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah sudah dua hari kita di bulan kemenangan ini. Tentu masing-masing sibuk menziarahi saudara mara dan sahabat handai sambil bermaaf-maafan.
 
Rasanya tidak kurang juga yang beraya di depan televisyen. Maklum sajalah, ketika raya ini  stesyen-stesyen televisyen bagai berperang untuk memikat penonton dengan pelbagai rancangan menarik.
 
Bagi ibu sekeluarga  yang menyambut Aidilfitri kali ini di kampung suami, walau apapun rancangan yang disiarkan memang tak akan berjaya menarik perhatian kami.
 
Suasana raya di sini memang cukup meriah. Selepas solat sunat, aktiviti kunjung-mengunjung pun bermula. Beraya sakanlah kiranya. Jadi, memang tiada  peluang untuk mengadap televisyen.
 
Macam mana pulak dengan sambutan raya di tempat teman-teman. Adakah semeriah sbutan di sini?

Ps: Kali pertama update blog dengan handphone. Kami dalam perjalanan pulang ni. Doakan keselamatan kami ye..

Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Aidilfitri


Salam Syawal 1434H buat semua rakan dan pengunjung Ibu Berbicara
Dari kejauhan ibu menyusun sepuluh jari
memohon maaf andai ada tersilap kata, terlanjur bicara.
Moga kalian bergembira di Aidilfitri yang mulia.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Ikhlas,

Bersua Kembali

Alhamdulillah, dapat juga ibu berbicara di sini setelah sekian lama menyepi. Maaf ibu pohon buat pengunjung blog kecil ibu ini juga buat teman-teman yang sapaan mereka belum berbalas. 

Sebenarnya, ibu agak sibuk pada Ramadan kali ini. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi UPSR bakal menjengah. Namun demikian, anak didik belum juga bersedia. Ini dapat dilihat dari keputusan ujian Jun lalu yang amat "luar biasa".

Hasil perbincangan dengan pihak pentadbir dan rakan-rakan guru, maka satu program yang "luar biasa" juga terpaksa dilaksanakan. Program ini menuntut pengorbanan masa dan tenaga oleh para guru.

Maaf ye, bukanlah sengaja bercerita tentang kesibukan ibu, cuma ingin memaklumkan  inilah antara  faktor mengapa blog ini sepi tanpa bicara.

Ps: Moga tak sepi lagi selepas ini.