Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi
tarikh 16 Mei bakal menjelma. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sudah pasti hari
tersebut akan diraikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar
guru. Sudah tentu, anak-anak kita sedang berkira-kira untuk membeli hadiah buat guru masing-masing.
Buat anak-anak dan ibu bapa yang
sedang tercari-cari apakah hadiah yang mahu diberikan kepada guru
kesayangan, di sini ibu kongsikan idea hadiah Hari Guru yang diharapkan dapat
membantu. Sebelum ini ibu pernah kongsikan idea hadiah Hari Guru di sini, namun
kali ini terdapat penambahan beberapa item yang dirasakan sesuai berdasarkan
hadiah-hadiah yang kerap diterima oleh rakan-rakan guru.
Hadiah bagi Guru Wanita atau Lelaki
- Kad ucapan yang direka sendiri
- Sebatang pen
- Stationery holder
- Set alat tulis
- Mug - ditulis ucapan atau kata-kata yang sesuai
- Bingkai gambar yang menarik
- Kek hari guru
- Sejadah
- Pen drive
- Buku/novel - bagi guru yang minat membaca
- Tuala bersulamkan ucapan "Selamat Hari Guru" atau “Terima Kasih, Cikgu”
Hadiah bagi Guru Wanita
- Album gambar
- Sekotak coklat
- Sejambak bunga segar
- Tudung/shawl
- Brooch
- Sepasang kain
- Telekung
Hadiah bagi Guru
Lelaki
- Tali leher
- Butang baju Melayu
- Kemeja-T
- Kemeja
- Sehelai jubah
Ps: Perkara penting yang perlu diingat, harga sesuatu hadiah itu tidak penting tetapi nilai hadiah itulah yang perlu diberi keutamaan. Berilah sesuatu yang boleh digunakan atau sesuatu yang akan dikenang oleh guru.
hari paling seroonok buat para guru bila dpt hadiah byk.hehe..yg penting menghargai jasa guru..hadiah cuma tanda ingatan kan kak mie
BalasPadamSELAMAT HARI GURU
BalasPadamTerima kasih
PadamWAH KAK MIE DAH FAHAM
PadamEH LUPA SAMA SAMA KAK MIE
PadamGURU KU PALING KU SAYANG
BalasPadamWAH TAK SABARNYA NAK TUNGGU HARI GURU
BalasPadamMESTI RAMAI YANG TAK SABAR
TOLONG BALAS NOSALMI ABDUL RAHIM
PadamWAH HARI INI HARI IBU LUSA HARI GURU HUH PENAT NYA PUAN KUTU APA KHABAR HEHEHE
BalasPadamsaya sebagai puan puteri \ tanpa nama buka komputer tapi puan kutu dan kak mie tak jawab pun
BalasPadamwhy