Sabtu, 10 Mei 2014

Idea Hadiah Hari Guru



Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tarikh 16 Mei bakal menjelma. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sudah pasti hari tersebut akan diraikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar guru. Sudah tentu, anak-anak kita sedang berkira-kira untuk membeli hadiah buat guru masing-masing.
Buat anak-anak dan ibu bapa yang sedang tercari-cari apakah hadiah yang mahu diberikan kepada guru kesayangan, di sini ibu kongsikan idea hadiah Hari Guru yang diharapkan dapat membantu. Sebelum ini ibu pernah kongsikan idea hadiah Hari Guru di sini, namun kali ini terdapat penambahan beberapa item yang dirasakan sesuai berdasarkan hadiah-hadiah yang kerap diterima oleh rakan-rakan guru.

Hadiah bagi Guru Wanita atau Lelaki
  • Kad ucapan yang direka sendiri 
  • Sebatang pen 
  • Stationery holder 
  • Set alat tulis
  • Mug - ditulis ucapan atau kata-kata yang sesuai 
  • Bingkai gambar yang menarik 
  • Kek hari guru 
  • Sejadah
  • Pen drive
  • Buku/novel - bagi guru yang minat membaca 
  • Tuala bersulamkan ucapan "Selamat Hari Guru" atau “Terima Kasih, Cikgu”


Hadiah bagi Guru Wanita

  • Album gambar
  • Sekotak coklat 
  • Sejambak bunga segar 
  • Tudung/shawl
  • Brooch
  • Sepasang kain
  • Telekung

Hadiah bagi Guru Lelaki
  • Tali leher
  • Butang baju Melayu
  • Kemeja-T
  • Kemeja
  • Sehelai jubah

Ps: Perkara penting yang perlu diingat, harga sesuatu hadiah itu tidak penting tetapi nilai hadiah itulah yang perlu diberi keutamaan. Berilah sesuatu yang boleh digunakan atau sesuatu yang akan dikenang oleh guru.




10 ulasan:

  1. hari paling seroonok buat para guru bila dpt hadiah byk.hehe..yg penting menghargai jasa guru..hadiah cuma tanda ingatan kan kak mie

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama10 Mei, 2014

    SELAMAT HARI GURU

    BalasPadam
    Balasan
    1. PUAN PUTERI13 Mei, 2014

      WAH KAK MIE DAH FAHAM

      Padam
    2. PUAN PUTERI13 Mei, 2014

      EH LUPA SAMA SAMA KAK MIE

      Padam
  3. Tanpa Nama10 Mei, 2014

    GURU KU PALING KU SAYANG

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10 Mei, 2014

    WAH TAK SABARNYA NAK TUNGGU HARI GURU
    MESTI RAMAI YANG TAK SABAR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama10 Mei, 2014

      TOLONG BALAS NOSALMI ABDUL RAHIM

      Padam
  5. puan puteri11 Mei, 2014

    WAH HARI INI HARI IBU LUSA HARI GURU HUH PENAT NYA PUAN KUTU APA KHABAR HEHEHE

    BalasPadam
  6. puan puteri11 Mei, 2014

    saya sebagai puan puteri \ tanpa nama buka komputer tapi puan kutu dan kak mie tak jawab pun
    why

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA