Ahad, 18 Mei 2014

Alkisah Hakim yang Sesat


Suspen je bila baca tajuk kat atas tu. Tetiba je keluar cerita pasal hakim. Sebenarnya, ini bukanlah cerita tentang mana-mana tuan hakim. Hanyalah kisah puan hakim yang dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah. 

Ini adalah kisah di sebalik entri tanpa kata di sini. Alkisahnya, pada awal April, ibu telah menerima surat lantikan sebagai hakim Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Piala Perpaduan Perdana Menteri SJKC/SJKT peringkat daerah Jerantut dan Maran.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jeransong yang menjadi tuan rumah pertandingan agak terpencil dari bandar namun jaraknya tidaklah jauh sangat. Sehari sebelum pertandingan, ibu minta ayah tunjukkan jalan memandangkan ibu tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. 

Pukul 8.15 pagi 15 April, ibu bertolak ke lokasi bersama seorang lagi puan hakim. Punyalah rancak berbual, sedar-sedar jalan yang dilalui terasa agak asing. Berasakan dah tersesat, ibu berpatah balik dan menghubungi ayah yang ketika itu sibuk di lokasi kejohanan tenis MSSP. 

Setelah diyakinkan oleh ayah bahawa jalan yang dilalui adalah betul, ibu meneruskan perjalanan sekali lagi. Sekali lagi ibu berpatah balik ke balai raya bila hati kuat mengatakan kami tersesat jalan. Nak bertanya penduduk kampung memang tiada keberanian kerana anjing berkeliaran di sana sini.

Ibu tawakal dan meneruskan perjalanan buat kali ketiga. Kali ini pergi lebih jauh walaupun rasa macam dah sesat. Terbukti memang kami sesat setelah masuk ke ladang kelapa sawit. Semasa berpatah balik ibu sempat menahan seorang apek bermotosikal dan bertanya kepadanya.

Rupa-rupanya balai raya yang jadi persinggahan hanya beberapa meter di belakang sekolah, tersorok oleh pokok-pokok besar. Memang salah diri sendiri. Papan tanda sekolah yang besar gedabak boleh tak nampak. Nasib baik ketika sampai acara belum bermula. Memang tak boleh dimulakanpun sebab hakim pertandingan tak cukup. Huhu..
 
Para hakim bersama guru besar, AJK PIBG dan para pemenang. Seperti biasa, puan blog di belakang sekali atas faktor ketinggian.

Lepas kejadian, puan hakim insaf dan berjanji dengan diri sendiri. Fokus ketika memandu, berbual jangan sampai lupa diri.



5 ulasan:

  1. sampai 3x sesat tu ibu..:)

    BalasPadam
  2. holah...pening dah kalau 3x sesat,,

    BalasPadam
  3. haha kelakar lah akak ni
    tapi borak sambil drive memang ralit kan
    :)

    BalasPadam
  4. hahaha...nk gelak baca n3 kak mie...situasi ni bbrapa kali pernah yah alami..SESAT....adeh....dan lagi 1, mmg belakanglah tempat parking kita selamanya kalau bergambar...kalau ada kerusi barulah merasa dok depan....

    BalasPadam
  5. kena pakai gps kak. tapi kekadang, gps pun tak boleh scan tempat pedalaman .
    hehee.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA