Untuk yang ke sekian kalinya, 31 Mei yang lalu ibu sekeluarga ke Terengganu lagi. Kali ini kami menghantar Angah yang kena balik awal sebab bertugas pada hari pendaftaran pelajar baru keesokan harinya. Di samping itu kami menjenguk Along yang sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester.
Kali akhir ibu sekeluarga ke Terengganu adalah pada 25 Mac yang lalu seperti yang ibu ceritakan dalam entri Menjejak Kasih ke Darul Iman. Sebelum bertolak ibu masakkan sambal hitam untuk Angah dan Along. Sempat juga masakkan nasi dan lauk untuk bekalan Angah.
Kali akhir ibu sekeluarga ke Terengganu adalah pada 25 Mac yang lalu seperti yang ibu ceritakan dalam entri Menjejak Kasih ke Darul Iman. Sebelum bertolak ibu masakkan sambal hitam untuk Angah dan Along. Sempat juga masakkan nasi dan lauk untuk bekalan Angah.
Sampai di kolej Angah dah pukul 7.15 petang. Suasana sunyi sepi sebab yang dah balik hanyalah ajk minggu orientasi.
Walaupun berpeluang pindah ke bilik baru tapi Angah masih memilih bilik di tingkat 4. Faktor pencahayaan katanya kerana tingkat atas lebih cerah. Apa-apa jelah Angah tapi yang pastinya masa ke bilik Angah tu, semput ibu dibuatnya.
Selesai mengangkut semua barang Angah, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sudah tentu untuk berjumpa seorang lagi buah hati kami. Beberapa minit tiba di homestay, Along pun menyusul. Kononnya Along nak bawa kami makan ikan bakar di Pulau Duyung tapi entah mengapa kebanyakan kedai dah tutup. Bukan rezeki kami agaknya. Sudahnya, kami makan berhampiran homestay. Selepas makan Ude ikut Along balik ke rumah rumah sewa dan tidur di sana.
Keesokannya, kami balik selepas makan tengah hari. Kononnya nak bawa balik si Miki ni tapi tak sampai hati bila ternampak dia bergurau senda dengan dua lagi adik-beradiknya.
Macam sedih je Miki..
Moga Allah beri kesempatan untuk kami berjumpa lagi. Aamiin.
Haha cute je miki tuh
BalasPadamComel je posing macam tu..
PadamBila anak2 dah besar berjauhan kan kak ibu salmi...
BalasPadamInilah cabarannya bila anak-anak dah besar. Jarang dapat berkumpul.
Padambz nyer ibu kita ni
BalasPadamp/sibu..iman ada add ibu, tpi ibu xapprved ag =(
Sorry la Iman, tak perasan..
PadamDah approved pun..
tingkat 4..tingginya..hehee
BalasPadamcomelnya miki ^_^
Mmg comel.. tambah2 bila posing macam tu..
Padamcomelnya miki ... tingkat paling atas mmg lebih terang n kurang nyamuk . Follow sini .
BalasPadamTerima kasih QV atas kunjungan.
PadamDah follow QV juga.
Alahai... Nmpk kesedihannya..
BalasPadamDua dlm satu...anta angah dpt jmp along kan kak...alolo miki tuh comel je
BalasPadam