Ahad, 8 Jun 2014

Jangan Jadi Arnab

Masih ingat tak, masa budak-budak dulu kita sering disajikan dengan cerita kanak-kanak sama ada oleh guru-guru mahupun oleh emak ayah sendiri. Antaranya ialah kisah arnab dan kura-kura. Rasanya, semua orang tahu cerita ini. 

Arnab yang sombong mengejek kura-kura berjalan lambat lalu mengajak kura-kura berlumba lari dengannya. Seperti jangkaan, arnab telah meninggalkani kura-kura nun jauh di belakang pada awal perlumbaan. Arnab yang cukup yakin akan memenangi perlumbaan itu telah berhenti rehat di pertengahan jalan lalu tertidur. Kura-kura yang menyedari kekurangan diri terus berjalan tanpa rasa putus asa dan akhirnya memenangi perlumbaan itu

Ini cerita rakyat yang ringkas tetapi banyak pengajaran yang tersirat di dalamnya. Walaupun mempunyai kelebihan berbanding kura-kura, Arnab tetap kalah dalam perlumbaan itu. Mengapa? Sudah tentu kerana pelbagai sikap negatif yang ada dalam dirinya seperti sikap angkuh, memandang rendah terhadap orang lain, terlalu yakin dan mudah berpuas hati.

Begitulah juga dengan kehidupan kita. Ada orang yang mempunyai pelbagai kelebihan seperti kekayaan dan kepandaian, namun disebabkan pelbagai sikap negatif ini, mereka gagal dalam hidup. Jauhi sikap angkuh dan sombong kerana orang yang berasakan dirinya lebih baik daripada orang lain tidak mempunyai dorongan untuk memperbaiki diri.

Selain itu, kita perlu fokus kepada tujuan dan matlamat sebenar sesuatu perkara yang kita lakukan. Jangan mudah berpuas hati dengan  kejayaan awal yang kita peroleh kerana itu bukanlah jaminan untuk berjaya hingga ke akhirnya. Mungkin inilah antara punca mengapa ada orang yang bijak di zaman persekolahan tetapi kecundang di pertengahan jalan.

Mari sama-sama kita cermin diri. Moga tidak ada yang menjadi seperti arnab.

9 ulasan:

  1. Na'uzubillah..jangan la ada sikap mazmumah macam tu. Ya, walaupun masih ada sikit namun kena jaga jangan bagi membesar tapi biar mengecil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kena sentiasa muhasabah diri.

      Padam
  2. jalan2 sini :)
    singgah dari segmen kak mia lianana :)

    BalasPadam
  3. apa pun yg kita nak buat, kena berfikir dgn waras dulu.
    fikir dahulu sgt memberikan byk kebaikan ketika buat keputusan :-)
    jgn terburu-buru...
    and jgn sangka bagus ha ha ha mcm si arnab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Aida. Kata orang ikut rasa binasa..

      Padam
  4. Best ingat2 blik kisah binatang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun cerita binatang tapi pengajaran yang tersirat sesuai sepanjang zaman..

      Padam
  5. Betul jgn jd arnab yg sombong bongkak...sentiasa merendah diri dgn kelebihan diri...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.