Selasa, 17 Jun 2014

Jangan Membahagiakan dengan Dusta

jangan berdusta

Dusta bermaksud menyampaikan atau memberitakan sesuatu yang bertentangan dengan realiti, sama ada dengan kata-kata, perbuatan, isyarat atau bahasa tubuh bahkan dengan berdiam diri. Semua orang termasuk kanak mengetahui bahawa dusta merupakan perangai tercela dan perbuatan buruk.

Dusta, sekecil mana pun akan mengheret kita kepada dusta berikutnya. Kerap kali, untuk menutupi dusta pertama kita akan melakukan dusta kedua dan begitulah seterusnya. Betapa buruknya sebuah perangai yang mengheret pelakunya kepada perangai buruk yang berikutnya. Alangkah sukarnya hidup orang yang memilih jalan sebegini...

Tiada sesiapapun yang berharap didustai. Sudah pasti kita berasa sakit dan kecewa jika seseorang mendustai kita. Sakit dan kecewa ini semakin parah jika dilakukan oleh orang yang sangat kita percayai kerana semakin tinggi sebuah kepercayaan semakin sakit sebuah pengkhianatan, sebagaimana semakin tinggi kita jatuh semakin sakit pula yang kita rasakan.

Oleh itu, jangan sesekali cuba untuk berdusta biarpun dengan tujuan untuk membahagiakan mereka. Jangan perlakukan orang lain dengan perkara yang kita sendiri tidak suka diperlakukan. Sesungguhnya, jujur itu menyelamatkan dan dusta itu merosakkan.  Wallahu a’lam.


5 ulasan:

  1. Betul tue! Kita perlu bersikap jujur walaupun hakikatnya pahit tetapi itu lebih baik daripada berdusta. Apa guna bahagia kalau berdusta kan? :)

    BalasPadam
  2. Sungguh mendalam maksudnya. Semoga ada kebaikan untuk kita semua.

    BalasPadam
  3. sakit jika kita sering ditipu.....moga kita tidak tergolong dalam kumpulan ini.

    BalasPadam
  4. adakalanya perlu berdusta utk elak sengketa ...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.