Isnin, 16 Jun 2014

Sahabat

teman sejati

Manusia  diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Sebagai penguat saat kita lemah, penghibur saat kita berduka dan menghulurkan tangan saat kita jatuh.

Benar, manusia memerlukan sahabat di sampingnya. Sahabat yang sentiasa mendorong kita ke arah-Nya, tidak sesekali meninggalkan kita saat kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Allah. 

Bersyukurlah jika kita mempunyai sahabat yang betul-betul di samping kita saat susah dan senang serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk kita.

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


9 ulasan:

  1. malah sahabat merupakan salah satu anugerah Allah utk kita saling ingat mengingatkan....

    BalasPadam
  2. nak cari sahabat memang susah... ape pun semuanya kerana Allah yang penting

    BalasPadam
  3. Betul kak ibu salmi sukar mencari sahabat dengan erti kata sebenar.,... kerana kebanyakannya hanya menjadi sahabat diwaktu suka dan diwaktu duka hanya kita sahaja yang tinggal....

    BalasPadam
  4. bukan mudah nak cari kawan yang sebenar.
    Ia ada waktu susah kita.
    Tapi dalam waktu susah pun belum tentu jumpa sahabat sejati.
    Mungkin membantu untuk mengambil kesempatan mencari kelemahan.

    BalasPadam
  5. Betul tu Salmi...btw saya suka blog ni kemas jek senang nak baca entry :)

    BalasPadam
  6. Semoga kita semua sentiasa di kelilingi sahabat2 yang baik..
    Tiba2 rasa nak nyanyi lagu sahabat upin ipin la pulak. Hehe..

    BalasPadam
  7. hargailah org yg ada disekeliling kita .

    BalasPadam
  8. bukan mudah mendapat sorang sahabat dunia akhirat ;)

    BalasPadam
  9. cukup kemaih blog ni..stylee

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.