Sabtu, 14 Jun 2014

Kawal Serangga Perosak dengan Jus Bawang


bawang

Penggunaan racun serangga berasaskan kimia dalam jangka masa panjang memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Kini kita boleh mengambil jalan alternatif dengan menyediakan sendiri semburan serangga daripada bahan-bahan semula jadi. Sediaan ini lebih mesra alam dan mesra pengguna kerana tidak meninggalkan sebarang kesan negatif jika digunakan secara berlebihan.

Semburan bawang putih
Satu labu bawang putih ditumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan 1 liter air. Campuran ini dijerang atau dimasak selama lebih kurang lima minit dengan api sederhana. Apabila air mula menggelegak, tutup api dan biarkannya sejuk. Tapiskan dan air ini boleh digunakan sebagai semburan untuk mengawal serangan serangga perosak.  

Semburan bawang merah
Rendam beberapa biji bawang merah selama beberapa hari. Jus yang sudah ditapis bolehlah dijadikan semburan untuk menghalang serangan kulat. Lakukan amalan ini 2 minggu sekali atau 2 kali seminggu pada tanaman hiasan yang sudah dijangkiti.

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama14 Jun, 2014

    Ilmu yg sangat bermanfaat

    BalasPadam
  2. wow terima kasih atas info kak. baru tahu. sebelum ni cuma tahu mengenai jangan simpan bawang merah yang sudah dipotong. sebab bawang menarik bakteria

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akakpun baru tau..
      Sama berkongsi ilmu

      Padam
  3. wah ! baru tahu, byk gak kebaikan bwg ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan blogpun baru tahu dan terus berkongsi ilmu di sini..

      Padam
  4. ilmu baru ni kak mie..TQSM 4 sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita berkongsi ilmu Yah. Akakpun baru tahu

      Padam
  5. perkongsian yang sangat menarik..boleh diamalkan

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.