Ahad, 15 Jun 2014

Usah Berharap kepada Manusia

berharap kepada manusia

Mungkin ada antara kita yang sedang dihimpit masalah, lalu berusaha ke sana ke mari untuk mendapatkan pertolongan. Ada yang meminjam dan ada yang meminta perlindungan. Namun, seringkali kita kecewa kerana orang yang kita harapkan untuk membantu ternyata tidak berupaya membantu kita. Bahkan untuk memenuhi harapan sendiri pun tidak berdaya. 

Bukan tidak boleh kita percaya kepada diri dan meletakkan harapan kepada manusia. Namun, biarlah harapan itu tidak keterlaluan sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah. Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tidak pernah mengharap kepada Allah.  

Maka berharaplah hanya kepada Allah yang Maha Kuasa. Jika harapan hanya disandarkan kepada Allah, maka kita akan menjadi lebih kuat kerana kita yakin  bahwa ujian yang Allah berikan sesuai dengan kemampuan diri kita. Dengan demikian, meskipun ujian dirasakan amat berat, kita pasti mampu menghadapinya.

Janganlah berharap kepada manusia kerana akan berakhir kecewa. Tapi berharaplah hanya kepada Allah, maka akan berakhir bahagia.


3 ulasan:

  1. Kadang-kadang bila kita susah, orang pun jauhkan diri daripada kita. Tapi Allah sentiasa ada, ketika kita susah atau senang. Cuma kadangkala kita perlukan jugak seseorang untuk kongsi masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Arol. Kita perlukan teman untuk berkongsi masalah tetapi jangan memberikan harapan yang terlalu tinggi kelak kecewa sendiri..

      Padam
  2. Benar. Berharap pada manusia akan membuatkan kita kecewa apabila permintaan ditolak.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.