Mungkin ada antara kita yang sedang dihimpit masalah, lalu berusaha ke sana ke mari untuk mendapatkan pertolongan. Ada yang meminjam dan ada yang meminta perlindungan. Namun, seringkali kita kecewa kerana orang
 yang kita harapkan untuk membantu ternyata tidak berupaya membantu kita. 
Bahkan untuk memenuhi harapan sendiri pun tidak berdaya. 
Bukan
 tidak boleh kita percaya kepada diri dan meletakkan harapan kepada manusia. 
Namun, biarlah harapan itu tidak keterlaluan sehingga 
langsung melupakan pengharapan kepada Allah. Lebih parah kalau manusia 
yang kita harapkan itu memang tidak pernah mengharap kepada Allah.  
Maka 
berharaplah hanya kepada Allah yang Maha Kuasa. Jika harapan hanya disandarkan kepada 
Allah, maka kita akan menjadi lebih kuat kerana kita yakin  bahwa ujian yang Allah berikan sesuai dengan kemampuan diri kita. Dengan demikian, meskipun ujian dirasakan amat berat, kita pasti mampu menghadapinya.
Janganlah 
berharap kepada manusia kerana akan berakhir kecewa. Tapi berharaplah 
hanya kepada Allah, maka akan berakhir bahagia. 

Kadang-kadang bila kita susah, orang pun jauhkan diri daripada kita. Tapi Allah sentiasa ada, ketika kita susah atau senang. Cuma kadangkala kita perlukan jugak seseorang untuk kongsi masalah.
BalasPadamBetul Arol. Kita perlukan teman untuk berkongsi masalah tetapi jangan memberikan harapan yang terlalu tinggi kelak kecewa sendiri..
PadamBenar. Berharap pada manusia akan membuatkan kita kecewa apabila permintaan ditolak.
BalasPadam