Jumaat, 20 Jun 2014

Kembali Berempat

Awal cuti persekolahan, Angah dan Ude ada di rumah. Mereka berdualah yang banyak buat kerja² rumah. Angah mengemas rumah, mengemop lantai dan melipat kain baju. Ude pulak rajin ke dapur. Banyak jugalah resipi yang Ude cuba. Sesekali Angah juga tak lepaskan peluang tunjuk bakat.

31 Mei Angah pulang ke kolej untuk menyambung pengajian. Khamis, 12 Jun Along balik selepas berakhirnya peperiksaan akhir semester, Kali ini along memandu pulang bersama kawan². Hanya Allah yang tahu tahap kerisauan ibu selagi Along tak sampai ke rumah kerana inilah kali pertama Along memandu jauh. Alhamdulillah, Along selamat sampai ke rumah hampir pukul 12 tengah malam. 

 
Along balik bersama Miko. 
Tapi Miko tak lama dengan kami.
Detik sebelum Miko diserahkan kepada tuan baru. Faiq sempat jadi hero, masuk ke dalam longkang selamatkan Miko yang tengah bergaduh.

Tak lama Along di rumah sebab 16 Jun Along dah mula menjalani latihan praktikal di Kuantan. 16 Jun juga cuti semester Ude berakhir. Jadi, 15 Mei bermulalah misi menghantar Along dan Ude. Mula² kami hantar Ude ke Petaling Jaya, kemudian patah balik untuk ambil kereta Along sebelum ke Kuantan. Dah pukul 10 malam barulah kami sampai di Kuantan.

Pukul 12.00 tengah malam kami bertolak balik selepas urusan bilik sewa Along selesai. Tiba di rumah hampir pukul 2.00 pagi. Terpaksa balik juga sebab cuti sekolah dah berakhir. Seboleh-bolehnya ibu tak nak anak² ibu cuti, bimbang kalau² pelajaran pada hari itulah yang keluar dalam peperiksaan.

Sampai di rumah mata tak boleh pejam. Pukul 5.00 pagi lepas kemas rumah, baru boleh tidur. Pukul 6.00 dah bangun semula. Nasib baik tak kesiangan. Pergi ke sekolah pun mata layu je. Ada kejutan semasa perhimpunan mingguan pagi tu. Faiq antara murid yang naik ke pentas untuk menerima hadiah kehadiran penuh penggal satu.

Kini rumah kembali sunyi. Hanya tinggal ibu, ayah, Faiz dan Faiq. Masing² mula menghitung hari untuk berkumpul lagi.




16 ulasan:

  1. Tanpa Nama20 Jun, 2014

    Alololo comelnyeee..

    BalasPadam
  2. Kakak rasa rata-rata keluarga yg punya anak dah besar beginilah... bila mereka balik kita rasa gembira walau hakikatnya mereka di rumah kita bekerja (kakaklah sebab kakak bukan cikgu). Bila mereka balik semula ke U dan asrama kembali sunyi.

    Doa ajelah yg mampu dititip bila berjauhan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kakzakie.. Hanya doa yang mampu dititipkan..

      Padam
  3. messi riuh rendahkan rumah de ank ank..dgn gelagat n telatah diorg lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lah riuh sangat Ummi sebab anak-anak dah besar. Tapi sekali-sekala tu masing-masing perangai macam budak2 juga..

      Padam
  4. salam singgah. wah bestnya cenggini ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best Umi tapi jarang-jarang dapat berkumpul..

      Padam
  5. salam
    terimakasih sudi singgah dan komen kt blog saya...
    salam kenal..folow sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kamsiah.
      Saya dah lama follow blog Kamsiah.

      Padam
  6. Salam ibu. Comelnya Miko !!! :D Warna pun lawa lah. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel dan comot.. Tengok hidungnya tu..

      Padam
  7. best berkumpul ramai-ramai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. seronok biarpun tak lama..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA