Apabila melihat kelemahan orang lain, begitu mudah untuk kita memperkatakannya. Bukan setakat mengumpat, malah ada kalanya sehingga tahap mencaci dan mencela. Begitulah lazimnya kehidupan, kita mudah melihat kelemahan orang namun amat sukar untuk kita menyedari kelemahan diri sendiri. Maka, sibuklah kita memperkatakan dan cuba memperbetul kelemahan dan kesalahan orang tanpa menyedari bahawa diri sendiri perlu diperbaiki juga.
Kita harus belajar menyedari
bahwa tidak ada manusia yang sempurna, tidak ada manusia yang tak pernah
berbuat salah. Kalau kita sendiri juga sering berbuat salah, mengapa
kita harus sibuk mencari-cari kelemahan dan kesalahan orang lain?
Kita juga perlu belajar untuk berhenti menghakimi dan mencari kesalahan orang
lain, sebab jika hal ini terus kita lakukan, kita tidak akan pernah
memiliki waktu untuk menilai dan memperbaiki diri kita sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat kelemahan dan keburukan orang lain, hendaklah kita
pastikan yang kita tidak melakukannya. Andainya kita berada dalam situasi yang sama, segeralah kita perbaiki diri sendiri.
Jadikanlah semua perkara yang berlaku di sekeliling kita, sama ada yang baik atau yang buruk sebagai
pengajaran. Sibukkanlah diri
untuk meneliti dan mencari kelemahan diri sendiri hingga tidak
sempat untuk melihat dan mencanang kelemahan orang.
Ps: Peringatan untuk diri sendiri.
Ps: Peringatan untuk diri sendiri.
good entry...
BalasPadamTerima kasih Nor..
PadamSetiap org ada kekuatan, kita perlu carik kekuatan untuk diri sendiri, kelemahan akan tertutup dengan kekuatan yang diperkuatkan..kalau asyik nak nak perbetulkan kelemahan kita, memang takkan berjaya, sebab muncul lagi kelemahan lain. jadi cari kekuatan diri dan perkukuhkan lagi dengan ilmu.
BalasPadamBerminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk kehttp://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/pes-nasi-arab-jenama-al-bayt.html
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kelas%20Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa
Betul; Dalila.. Jangan asyik mengeluh sebaliknya cari kekuatan diri..
PadamSebelum lihat kelemahan org kne lihat kelemahan sndri kan kak
BalasPadamBetul Mimi. kena sentiasa cermin diri..
Padam