Dah lebih setahun berlalu, baru hari ini ibu berkesempatan berbicara tentang buku Nota Fikir untuk Zikir ini. Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini ibu beli semasa bercuti di kampung suami di Simpang Renggam seperti yang ibu catatkan di sini.
Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas, zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa zikir pula akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.
Buku ini terbagi dengan 3 bahagian, iaitu :

- Iktibar dari Kisah Dulu-Dulu
- Berguru dengan Alam
- Kata Dikota
Iktibar Dari Kisah Dulu-Dulu dirungkai daripada
kisah dan cerita yang pernah kita dengar seperti Si Tanggang, Batu
Belah Batu Bertangkup, Bangau Oh Bangau, Arnab dan Kura-Kura, dan sebagainya. Banyak
pengajaran yang dapat diperoleh daripada kisah-kisah tersebut, namun ramai yang tidak menyedarinya.
Kita hanya melihat yang tersurat tetapi tidak
yang tersirat. Kita bukan sahaja dapat
mengambil iktibar daripada kisah-kisah ini, bahkan dapat melihat
nilai-nilai agama, moral dan sosial yang terdapat di dalam setiap kisah.
Berguru Dengan Alam pula mengajak pembaca merenungi kejadian di alam ini. Terlalu banyak yang boleh kita pelajari daripada alam, haiwan dan tumbuh-tumbuhan bahkan seluruh isinya termasuk kejadian semula jadi seperti pasang surut air laut, gempa bumi, hujan dan sebagainya. Ini kerana alam adalah sebaik-baik guru bagi manusia. Tuhan tidak menjadikan alam ini dengan sia-sia kerana pada setiap kejadian itu mesti ada sebab dan juga baik buruknya.
Kata Dikota pula memuatkan kata-kata hikmah yang selalu didengar. Penulis mengupas kata-kata hikmah dengan lebih terperinci bagi memberikan ransangan dan inspirasi kepada pembaca untuk menjadi manusia yang lebih baik dan agar sentiasa bersikap positif.
Dengan membaca buku ini, kita lebih menginsafi diri dan menyedari bahawa kita hanyalah insan kerdil yang menumpang di bumi Allah ini. Allah swt menjadikan alam ini dengan tidak sia-sia supaya manusia boleh berfikir akan kekuasaan dan kebesaran-Nya.
Judul: Nota Fikir Untuk Zikir
Pengarang: Pahrol Mohd Juoi
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM19.00
Tebal: 169 ms

Ibu... terima kasih atas review ini. Kite pun suka bacs buku berkonsep ilmiah sebagai santapan rohani... insyaallah.. nanti kite cari..
BalasPadammenarik buku ini ibu
BalasPadambetul tu menarik buku ni... terima kasih juga dengan review ni....
BalasPadamBuku-buku Ustaz Pahrol memang penuh pengisian.
BalasPadammenarik :)
BalasPadam