Khamis, 26 Jun 2014

Seminar Integriti Warga Pendidik


Keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang membantutkan keinginan nak ke sana-sini. Perancangan yang melibatkan aktiviti di luar rumah hanya tinggal perancangan. Balik dari sekolah terus bertapa dalam rumah. Kalau ada kerja yang perlu disiapkan pun ibu bawa balik dan siapkan di rumah je. Tak rajin nak ke sekolah semula kecuali kalau ada kelas tambahan.

Hari ini terpaksa mengurangkan waktu bersenang-senang di rumah. Selesai Program 3R, ibu bergegas pulang kerana pukul 2.00 petang perlu hadir ke satu lagi program. Di rumah hanya sempat mandi dan solat. Perut yang berkeroncong tak sempat diisi. Perlu hadir ikut jadual, maklumlah nama program pun Seminar Integriti.

Ibu tahu tentang seminar ni sejak minggu lepas. Sepatutnya, semua guru dari sekolah yang disenaraikan wajib hadir. Namun, disebabkan komitmen lain di sekolah yang tidak kurang pentingnya, hanya 24 orang guru sekolah ibu diarahkan hadir ke seminar ini.

Masa ibu sampai, orang dah ramai dalam dewan ni. Jadi, yang lambat kena duduk di belakang (padahal kat depan tu banyak lagi tempat kosong).

Ceramah kali ini sama macam ceramah² integriti sebelum ini, berkisar tentang integriti dalam kalangan penjawat awam, khususnya warga pendidik. Sebenarnya, ceramah ini memang wajar dihadiri oleh semua warga pendidik. Siapa² yang dah dibuai lena yang panjang tu (termasuk tuan blog), mungkin akan bangun  setelah mendengar ceramah begini. 

Seminar berakhir pukul 5.30 petang. Walaupun sajian petang disediakan tapi ramai yang terus balik.  




5 ulasan:

  1. ooo yelah. actually saya pun ada kerja nak dibawa balik ke rumah.
    tapi, asik lupe dek sibuk sangat..

    BalasPadam
  2. Sedang mengumpul blogger tempatan jika sudi akak https://www.facebook.com/groups/bloggermarhaen

    seminar integriti bukan untuk pendidik je.. macam kami pun kena jugak. Banyak y dah hilang pedoman dalam bekerja ni.. mengelat xyah nak cakap la kan..

    BalasPadam
  3. salam singgah. rasanya seminar ni kalau kasi kat semua orang pun bagus. integriti tu penting; teringat iklan pasal ni :D

    BalasPadam
  4. Saya termasuk yang terus balik ..agak frust juga x smpat merasa juadah mee kari sbb nak cepat ke kaunter tiket bas ekspress di bandar. Bila sampai kaunter tu dah pun tutup..jadi lebai malang lah semlm..huhu..

    BalasPadam
  5. bagus seeinar mcm nih dibuat kt mana mana agensi kerajaan

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA