Ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut syarak bagi wanita:
- Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.
- Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
- Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.
Cara Bertudung Menurut Syarak:
- Tudung itu menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka. Bukanlah cara bertudung yang betul menurut syarak jika masih menampakkan rambut, leher, tengkuk, telinga, bahagian dada dan seumpamanya.
- Tudung itu diperbuat daripada kain atau bahan yang tebal yang menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan. Bukan tudung yang jarang, nipis atau berlubang-lubang sehingga boleh menampakkan warna kulit atau anggota aurat yang lain.
ilmu yang bermanfaat :)
BalasPadamIlmu bermanfaat seharusnya dikongsi.. betul tak Zafirah?
PadamAda kenalan, duk tanya kenapa orang duk sibuk cakap pasal aurat? FB, blog, twitter, instagram.. semua cakap pasal aurat. Pastu saya pandang dia atas bawah n saya cakap.. tu orang duk sebut hari2 tapi pakaian ko masih cenggini, cuba bayangkan kalau takde orang sebut?. <--- untuk kawan rapat boleh r cakap camni taw. :P
BalasPadamTanggungjawab kita sesama Islam adalah saling mengingatkan kerana kita bukanlah insan sempurna. Moga apa yang dipandang sepi hari ini akan meninggalkan kesan suatu masa nanti..
PadamInsyaAllah kak :)
PadamSetuju. ramai dah bertudung tapi sebenarnya tidak menutup aurat.
BalasPadamProfile Picture Ibu menarik perhatian saya kerana ada dua wajah. Siapa kedua-dua wajah itu?
Kedua-dua wajah tu tak nampak sama ke Arz Moha? Itulah tuan blog..
Padam