Tuhan Sedang Menguji Kita merupakan sebuah buku motivasi islamik karya Ustaz Kazim Elias. Buku ini ibu baca beberapa bulan lepas. Lama juga nak menghabiskannya sebab tengah sibuk masa tu. Buku ini ibu pinjam daripada emak. Sedang tercari-cari, rupa-rupanya mak yang beli dulu.
Sebagai hamba, kita sentiasa diuji dan bentuk ujian itu pula pelbagai. Namun, apapun bentuk ujian, kesusahan atau kesenangan, semuanya adalah tanda kasih sayang Ilahi.
Buku ini padat dengan mesej yang cukup bermakna sama seperti kuliah yang disampaikan oleh penulisnya. Menurut UKE buku ini adalah kisah peribadinya yang menempuh pelbagai dugaan sebagai penceramah, namun akhirnya beliau berjaya mengatasi setiap dugaan berkat kesabaran dan panduan yang diberi oleh Allah melalui kitab-Nya, al-Quran. Pengalaman beliau itu telah diterjemahkan ke dalam buku
ini.
Sebagai hamba, kita sentiasa diuji dan bentuk ujian itu pula pelbagai. Namun, apapun bentuk ujian, kesusahan atau kesenangan, semuanya adalah tanda kasih sayang Ilahi.
Bumi mana tidak
ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora. Begitu juga kehidupan
manusia. Tidak pernah sunyi daripada dugaan. Umpama pelangi yang punya
pelbagai warna, begitulah ujian bagi setiap hamba. Ada yang diuji dengan
ketaatan, kesakitan atau musibah. Ada juga perangkap yang menunggu kita
menjadi mangsa.
ALLAH maha benar dan janji-Nya benar. DIA tidak akan menguji kita kecuali sesuai dengan kesanggupan diri. Siapakah lagi pelindung dan penyelamat kita selain ALLAH yang maha berkuasa? Maka, andai sesekali diri diuji, usah cepat mengalah. Mohonlah kepada-Nya. Moga rahmat dan hidayah-Nya sentiasa memayungi keberkatan perjalanan hidup kita.
ALLAH maha benar dan janji-Nya benar. DIA tidak akan menguji kita kecuali sesuai dengan kesanggupan diri. Siapakah lagi pelindung dan penyelamat kita selain ALLAH yang maha berkuasa? Maka, andai sesekali diri diuji, usah cepat mengalah. Mohonlah kepada-Nya. Moga rahmat dan hidayah-Nya sentiasa memayungi keberkatan perjalanan hidup kita.
Buku ini juga mengajar kita untuk bangkit daripada rasa kecewa, duka dan sedih dalam setiap ujian dan mengajak kita mencari hikmah tersembunyi di sebaliknya. Sebenarnya, ujian Allah tu ada sebabnya.
Ada kala ujian itu
bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita
bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di
sisi-Nya. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita.
Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa.
Buku ini sangat baik dibaca oleh semua golongan. Mengandungi ilmu, pencerahan dan tarbiah yang sangat baik. Banyak pengajaran dan tip yang amat berguna. Salah satunya adalah tips menghafal Al-Quran. Menurut UKE, beliau mengamalkan membaca sebanyak 40 kali satu halaman Al-Quran. Walaupun telah menghafaznya, beliau tetap mengamalkannya untuk mengukuhkan ingatan di samping memberi fokus yang lebih kepada bacaan ulangan tersebut. Beliau akan membawa hafazan berkenaan dalam solat sama ada solat sunat atau ketika menjadi imam solat fardhu berjemaah.
Bacalah buku ini kerana terdapat banyak ilmu di dalamnya. Insya-Allah ilmu yang kita peroleh daripada buku ini akan menjadikan kita lebih kuat, sentiasa bersyukur, sabar dan redha dalam menghadapi setiap ujian daripada Allah SWT.
Judul: Tuhan Sedang Menguji Kita
Pengarang: Ustaz Kazim Elias
Penerbit: Karya Bestari
Harga: RM19.90/RM22.90 (S/S)
Penerbit: Karya Bestari
Harga: RM19.90/RM22.90 (S/S)
Tebal: 317 ms
Ps: Sedang membaca Cukup Hanya Allah.
teringin juga nak baca
BalasPadamnanti nak pi cari kat kedai buku :)
Cari jangan tak cari Tihara.
PadamWah,Min ade je selalu nampak buku ni...cuma masih banyak buku tak terbaca lgi...huhu...tahan nafsu untuk beli...:))
BalasPadamTak rugi beli buku In..
PadamIbupun dah beli lama buku ni.
bagus ni kene cari untuk menambah dan mengukuhkan pengetahuan kita...
BalasPadamMemang bagus buku ni Ayu. Boleh la beli..
Padamujian merupakan asam garam hidupppp....
BalasPadamBetul Yah..
PadamItu tanda Allah sayang
menarik ni..nak cari jugala nnt
BalasPadamMemang bagus buku ni. Boleh bagi anak-anak baca sbg motivasi..
Padam