Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Sekarang kan.. cerita 'Tersuka Tanpa Sengaja' tengah hot di Astro Ria. Ibu pun ada juga cerita 'tanpa sengaja' ni. Meh ibu ceritakan. Cerita ini dah dua hari berlalu. Tapi tak apa.. Ibu ceritakan juga di sini sebagai
kenangan di kemudian hari.
Alkisahnya,
12 Disember baru² ini adalah ulang
tahun kelahiran anakanda Muhammad faiz Izzuddin yang ke-16. Sekejap benar masa berlalu. Alhamdulillah,
anakanda ibu ini membesar dengan baik dan sihat serta tidak mendatangkan masalah kepada keluarga. Doa ibu agar
anakanda diberikan kesihatan yang baik, dewasa sebagai anak soleh, beriman dan bertakwa serta berjaya dunia
dan akhirat. Aamiin..
Seperti
tahun² lepas, kami tak rancang untuk buat sambutan beria². Cukup sekadar makan²
kami sekeluarga. Namun disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan,
perancangan untuk keluar makan² hanya tinggal perancangan.
Pagi
15 Disember, ibu terbaca iklan di FB Jerantut Kampungku tentang penghantaran
hadiah terus ke rumah. Tiba² terfikir, untuk buat kejutan. Tanpa buang masa, terus ibu hubungi PN Zuzazlina untuk buat tempahan. Alhamdulillah, penghantaran boleh dibuat pada hari tu juga.
Seperti
yang dijanjikan, lebih kurang pukul 4 petang, hadiah sampai ke pintu pagar. Kejutan betul² menjadi seperti yang dirancang.
Bergambar di luar pagar je..
Gambar ehsan si penghantar utusan.
Masa ni ibu dah keluar ke bandar dengan Along.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.