Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Suatu hari,
seekor anak kucing bertandang ke teratak ibu. Kecik je tubuhnya. Berulang kali
dihantar pulang ke rumah tuannya namun dia tetap datang semula. Ibu tengok anak yang seekor ini agak
terbiar. Kurus je tubuhnya tak seperti adik-beradiknya yang lain. Dek kesian,
ibu suruh anak² beri makan.
Selepas
itu, setiap hari pasti dia berkunjung ke sini sehinggalah akhirnya dia terus
tinggal di sini; tak balik². Sanggup
pulak dia berpisah dengan ibu dan adik-beradiknya. Mungkin selesa dengan
layanan yang anak² ibu berikan terutama
Faiq.
Kecik,
itulah nama yang diberikan oleh anak² ibu
bersempena dengan saiz tubuhnya yang kecik molek. Beberapa bulan berlalu, pada 1
Oktober 2015 yang lalu, Kecik melahirkan lima ekor anak yang comel². Keletah mereka berlima menceriakan hari² kami sekeluarga.
Lima anak bulus pada usia sebulan. Si Oyen ni ambik rupa ibunya.
Sama dengan Bubu yang sedang merenung di belakang tu.
Saat menulis entri dan merenung gambar ni hati berasa amat sayu. Tak kuat untuk ibu meneruskan coretan.
Waalaikumusalam!
BalasPadamini kalau anak Farah nampak ni ibu, habislah...memang dia tak lepas...
BalasPadamagaknya si kecik ni macam anak terbuang kot..ru yg selesa berjauhan dengan famili.hehe..comel2 anak kucing ni
BalasPadam