Selasa, 15 Disember 2015

Salad Hidroponik

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Minat ibu dalam seni bercucuk tanam bermula semenjak dari bangku sekolah lagi. Masih ibu ingat, setiap petang atau hari minggu, ibu akan luangkan masa di kebun. Mencangkul, merumput dan menggembur tanah adalah antara aktiviti yang dilakukan.

Detik yang paling ditunggu² sudah tentulah waktu menuai. Gembira kerana penat lelah berkebun akhirnya membuahkan hasil. Walaupun hasilnya tidaklah seberapa, tetapi sudah cukup untuk memberikan kepuasan kerana dapat merasa hasil tanaman sendiri. Selain dapat menjimatkan belanja dapur, sayur-sayuran yang dituai juga lebih segar dan yang lebih penting, sayur-sayuran ini bebas daripada racun serangga.

Walau bagaimanapun, aktiviti berkebun terhenti setelah ibu melanjutkan pelajaran dan bekerja. Setelah hampir 30 tahun, baru kini ibu dapat meluangkan masa untuk berkebun semula. Walaupun di ruang yang cukup terhad, dapatlah juga melepaskan gian untuk berkebun. 



Salad dengan teknik hidroponik ini ibu tanam bersama kangkung yang ibu ceritakan di sini semalam. Benih salad ibu peroleh dalam pakej set hidroponik yang ibu beli sebelum ini. Cara menanam cukup mudah. Ikut je arahan yang disertakan bersama pakej.

Alhamdulillah, setelah lebih kurang dua bulan ditanam, dapatlah ibu merasa salad yang ditanam sendiri. Ketika menuai, janganlah dicabut pokok salad ini ye.. petik je daun dari bawah. Janganlah risau kerana pokok salad akan berdaun semula dan boleh dipetik apabila daunnya sudah matang. 

Sepokok salad dah cukup untuk sekali makan. Daun salad yang lebih bolehlah dimasukkannya ke dalam plastik ziplock dan disimpan di dalam  peti sejuk. Jimat masa, jimat belanja.

3 ulasan:

  1. assalam ibu. moga ibu sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan. saya sangat minat bercucuk tanam. di rumah sekarang ada kucai, ketumbar, sawi dan kangkung. pernah semai benih salad. tak tak naik tunas pun... hidroponik pun belum pernah cuba lagi. semuanya ditanam didalam pasu. seronok tengok hasil kebun ibu..

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...

    salad hidroponik nie.. nampak segar dan menghijau. Best .

    mselim3

    BalasPadam
  3. Freshnya salad tu, Nampak hijau

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.