Isnin, 30 April 2012

17 Tahun Sudah..

Alhamdulillah, bertemu lagi 30 April. Hari ni, 17 tahun yang lalu, ibu dan ayah dianugerahkan seorang lagi permata hati; puteri ketiga yang terus menceriakan hidup kami.

 

Ude mempunyai semangat ingin tahu yang kuat. Disebabkan sifat inilah sebelum menjejakkan kaki ke taski ketika berusia 4 tahun, Ude dah boleh membaca. Ude akan bertanya dan terus bertanya sehingga boleh membaca tanpa bimbingan guru. Ude akan mengekor ke mana saja ibu berada untuk bertanyakan apa yang tidak difahami. Malah, menjadi kebiasaan Ude belajar di depan bilik air sementara menunggu ibu mandi.

 

Sebaik pandai membaca, Ude dah tak kisah dengan benda lain. Ke hulu ke hilir dengan buku. Ude mula membaca novel ketika berusia 5 tahun. Novel-novel mak sedara dipinjamnya ketika bercuti di kampung. Terpaksalah ibu dan ayah belek-belek dulu bimbang ada yang tak sesuai untuk bacaannya. 

 

Ude juga berani orangnya. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, Ude boleh pegang dan bermain-main dengan katak. Semasa mengikuti perkhemahan di sekolah rendah, ketika rakan-rakan lain menjerit-jerit kegelian dan ada yang lari ketakutan, Ude pula boleh pegang-pegang dan main-main dengan pacat 

 

Tahun ni Ude menggalas tanggungjawab berat; berjuang di medan peperiksaan SPM. Buat Ude..



Ahad, 29 April 2012

Rezeki dan Tanggungjawab

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum,
Tiada apa yang menarik nak ibu kongsikan malam ni, Cuma nak kongsikan rasa gembira dan syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan buat ibu dan keluarga.

Esok berakhirlah suku pertama tahun 2012. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai suka duka dah ibu alami. Sesetengahnya dah ibu kongsikan dengan rakan-rakan di teratak maya ibu ni. Yang lain tu, bukan ibu tak nak kongsikan, cuma tidak berkesempatan dan ada juga yang masih menunggu masa yang sesuai untuk dikongsi bersama. (perkataan untuk hari ni; kongsi.. ngee..)

Alhamdulillah, menyambut suku kedua 2012 ni, rezeki dimurahkan.. Selain tunggakan pelarasan gaji, ibu juga dah terima ganjaran tawaran baru untuk guru besar (new deals) yang pernah ibu ceritakan di sini. Insyaallah, jika dipanjangkan usia, Oktober nanti dapat pula kenaikan gaji tahunan.. Syukur ya Allah atas rezeki yang Kaulimpahkan.. 

 Kredit: Google Image

Apabila gaji bertambah, dah tentulah tanggungjawab pun makin besar. Berpadanan dengan imbuhan yang kita dapat. Betul tak?? Jadi, ibu berazam dan berjanji dengan diri sendiri untuk meningkatkan prestasi kerja yang dah agak lemau sejak akhir-akhir ni.. Moga Allah berikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk ibu merealisasikan azam ibu ni..

Bagaimana dengan kalian semua?

P/s: Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat sebaliknya ada atau tidak keberkatan dalam rezeki itu.. 

Sabtu, 28 April 2012

Hitam Menawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat. Hari ni tentu masing-masing ambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berehat bersama keluarga. Ibu pun berehat di rumah je sepanjang hari ni.

Sebenarnya bukan takde kerja.. Kertas ujian pengesanan tahun 6 belum habis ibu semak. Tapi, hari ni memang ibu nak berehat je.. Tak nak pening-peningkan kepala. Tau-tau aje lah kalau terjumpa skrip jawapan yang merepek meraban tu, bukan kepala je sakit tau.

Jadi, malam ini ibu nak buat entri yang bisa menyenangkan hati dan melapangkan minda. Tentang apa tu? Dah tentu yang berkaitan dengan minat ibu; pml. Ibu nak kongsikan koleksi ros pensel yang ibu ada.
Sebenarnya, ibu baru je dapat tau yang bunga ini dinamakan ros pensel. Dinamakan sebegitu kerana motif ros ini seolah-olah dilukis dengan pensel. Koleksi ros pensel ibu ini seciput je, hanya sebiji teko aladin dan sebiji pinggan kek. Ibu pernah buat entry pasal aladin ros pensel ini sewaktu baru tiba di teratak ibu [sini]. Ketika tu, pak din ini hanya pakai tutup bulat. Jadi, kuranglah sikit kehensemannya.

 Gambar pinjam daripada CT Fatimah



Setelah beberapa bulan bermastautin dalam gobok ibu, 
akhirnya, pak din ni berjumpa dengan tutup yang sepadan.


Cer tengok tutupnya tu. Cantik sebab ada bunga. 
Tutup ni ibu dapat daripada Tasya ChanTique. Tqvm Tasya.


Tak lama kemudian, CT Fatimah offer pinggan kek tu kat ibu. 
Apa lagi, pucuk dicinta, ulam mendatang lah.

Ini je yang ibu ada. Harap-harap lepas ni ibu akan berjumpa dengan kaum kerabatnya yang lain. Paling ibu hajati adalah cawan dan piring kuih. Kalau dapat creamer jar dan sugarpotnya lagi cantik..

Ok, ini saja buat kali ni. Jumpa lagi..

Lagi Kanak-kanak Diculik

Nayati Shamelin Moodliar

Subuh-subuh tadi ibu dapat mesej daripada celcom. Tentu rakan-rakan lain juga terima mesej yang sama. 

"A young boy Nayati Shamelin Moodliar 
was kidnapped in a black Gen 2 @ jln Kiara, 
near MontKiara Intl School. 
If u hv info, pls call police999/0321159999. 
TQ Malaysia!". 

Memang ibu terkejut sebab semalam tak dengar apa-apapun pasal kejadian ini. Mungkin berita disiarkan di televisyen malam semalam tapi ibu je yang tak peka. Mana tidaknya, menonton sambil menjahit.. Lepas dapat mesej tu, ibu segera menggoogle utk cara maklumat. Rupa-rupanya memang ibu je yang ketinggalan. Banyak blog yang buat entry pasal penculikan tersebut.


Kanak-kanak 12 tahun diculik di Mont Kiara 

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda berusia 12 tahun diculik sekumpulan dua lelaki di hadapan sebuah sekolah di Mont Kiara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa, Nayati Moodliar yang berada di hadapan sekolah berkenaan dilaporkan tiba-tiba di tarik seorang daripada suspek masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam. Kejadian itu disaksikan seorang pengawal keselamatan sebelum memaklumkan keluarga mangsa.

Malah, rakaman CCTV di hadapan sekolah berkenaan turut merakamkan kejadian berkenaan - sumber

Ps: Ngerinya.. begitu mudah budak-budak diculik.. 

Khamis, 26 April 2012

Mengubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
  • Bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya.  
  • Mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. 
  • Bangun (beribadat ) di waktu malam. 
  • Menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam
  • Sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.  


Renung-renungkanlah dan selamat beramal.. 

p/s: Pesanan buat diri sendiri juga

Rabu, 25 April 2012

Chicken Chop

Alhamdulillah, berpeluang lagi bersua di teratak maya ibu ni. Apa khabar semua? Mudah-mudahan dalam lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya. Hari ni ibu nak kongsikan air tangan ibu beberapa hari lepas. Ibu buat chicken chop untuk melayan selera anak-anak.


 Chicken Chop versi ibu
Posing dulu sementara menunggu kentang siap digoreng.  

CHICKEN CHOP

Bahan2:
  • 6 keping isi ayam (ibu guna bhg dada)
  • 3 sudu serbuk blackpepper
  • 2 biji telur - pukul hingga kembang
  • tepung gandumgaram secukup rasa
  • minyak

Cara memasak:

  1. Dada ayam digaul dan diperap dengan  serbuk blackpepper dan garam.
  2. Ketuk-ketuk (chop) isi ayam agar perasanya meresap.
  3. Celup isi ayam ke dalam telur dan salutkan dengan tepung gandum.
    Goreng dengan api sederhana.
  4. Angkat setelah warna kekuningan.
 
Sos Lada Hitam
Bahan2:

  • 4 sudu sos lada hitam
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - dipotong dadu
  • 2 sudu tepung jagung
  • cendawan butang (dipotong ikut suka)
  • garam dan gula
  • minyak untuk menumis

Cara menyediakan:


  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sos lada hitam dan sedikit air
  3. Masukkan cendawan dan didihkan.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  5. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  6. Kacau semua bahan hingga pekat.

p/s: bawang besar dan bawang putih untuk sos lada hitam ibu tumbuk halus sebab anak-anak pasti reject jika tergigit bawang

Selasa, 24 April 2012

FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ni ibu join GA anjuran JeMaRi AsMaRa...

Jika ingin turut serta, sila klik banner atau klik sini je.
Tarikh tutup: 30 April 2012


Tempat menarik yang ibu cadangkan untuk Zefa sekeluarga lawati

v


v


v

Isnin, 23 April 2012

Selamat Hari Lahir, Along..

Alhamdulillah, ibu dipanjangkan usia untuk bertemu 23 April untuk ke sekian kalinya. Tarikh ini amat bererti dalam hidup ibu dan ayah. Hari ini tujuh belas tahun yang lalu, Along dianugerahkan buat kami berdua bermakna hari pertama juga kami bergelar ibu dan ayah.

 

Kehadiran Along menceriakan hidup banyak orang. Alonglah cucu sulung atuk dan nenek menjadikan along anak buah kesayangan kesemua 11 orang ibu dan bapa saudara. 

 

 

Begitu pantas masa berlalu. Kini, along dah pun dewasa. 

Menjadi contoh buat adik-adik..

 

Buat Along...

 

 

Ahad, 22 April 2012

Luahan Rasa..

Walau telah terlalu lama berlalu, kenangan itu masih segar dalam ingatan. Ketika itu ibu di tingkatan 2. Ibu agak rapat dengan seorang rakan walaupun bukan sekelas. Kami berbeza dari segi penampilan. Ibu dengan uniform pengawas; kemeja biru muda dan skirt putih separas lutut manakala rakan ibu tu bertelekung mini. 

 

Lama-kelamaan hati ibu terpanggil untuk bertudung. Dengan duit simpanan, ibu minta rakan tersebut yang belikan tudung untuk ibu. Setelah tudung ibu miliki, barulah ibu suarakan hasrat untuk bertudung kepada emak. Pesanan emak yang ibu ingat hingga kini, "Kalau nak bertudung, jangan main-main; sekejap tutup sekejap buka". 

 

Alhamdulillah, sejak itu ibu mula bertudung. Tidak pernah sedetik pun ibu rasa menyesal atas keputusan yang telah ibu buat. Walaupun ibu aktif bersukan semasa di sekolah dan di maktab, aurat tetap ibu jaga.


Sebenarnya, bukan saje-saje ibu coretkan kenangan ini. Tapi, coretan ini lahir dari kekesalan ibu atas tindakan seseorang. Tersentak ibu apabila melihat gambar ibu yang tidak bertudung bersama dia dan beberapa orang rakan dimuat naik ke dalam albumnya di fb. Gambar ketika ibu masih belum bertudung itu diambil semasa kunjungan kami ke rumah seorang rakan sempena hari raya.

 

Ibu amat mengharapkan pandangan daripada rakan-rakan. Apakah yang patut ibu lakukan. Perlukah ibu memberitahunya supaya memadamkan gambar tersebut?


Gambar Google

Sabtu, 21 April 2012

Hujan Meteor Lyrid

Melanda Malaysia 21 dan 22 April

 

Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada korang untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.

 

 

Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk korang menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.

 

Pegawai NASA menganggarkan kadar hujan meteor adalah sebanyak 15 kali dalam sejam dan ia mungkin akan jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada anggaran tersebut. Ini kerana Lyrid agak sukar diramal namun kadar-kadar maksimumnya adalah dari 10 hingga 100 meteor sejam !!!.

 

Hujan meteor ini dinamakan Lyrid kerana ia dikatakan berasal dari buruj Lyra (The Lyre) yang boleh dilihat di langit pada waktu malam semasa pertengahan April selama sekurang-kurangnya 2,500 tahun.

 

Bagi yang tidak berpeluang melihat hujan meteor ini pada malam tersebut disebabkan langit mendung atau berawan , korang bolehlah sertai program sembang (chat) bersama para pakar dan menonton video “live streaming” secara langsung yang disediakan oleh NASA bermula dari jam 11 p.m. hingga 5 a.m.

 

Untuk menyertai Program sembang dan video “streaming” anda bolehlah ke laman ini:

 

Sumber: Harian Metro

 

Khamis, 19 April 2012

Kala Cinta Mula Bersemi

Wah, tajuk entry jiwang-jiwang hari ni! Ibu sakit ke? Atau demam tak kebah-kebah? Ye lah, tetiba je berbicara pasal cinta.  

Sebenarnya, bukanlah cinta antara dua jiwa. Sekadar cinta terhadap minat baru ibu.

Alah, minat yang ini..


Pernah ibu beli sebuah buku jahitan manik. Namun, dah dua tahun berlalu, buku tu masih tersimpan rapi dalam lemari bersama buku-buku lain. Manik dan labuci yang ibu beli dulupun masih tersimpan elok.  (nasib baik belum reput..)

Sebenarnya, minat ibu ni dibugarkan kembali oleh sahabat lama ibu, NzA. Kerajinannya menjahit manik dan labuci walaupun sentiasa sibuk membuatkan semangat untuk mencuba makin berkobar-kobar.

Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas sepasang kurung riau yang ibu tempah dah siap. Alahai, kesian ibu!! nampak sangat sibuk hinggakan nak jahit baru sendiripun tak berkesempatan. Kebetulan pulak, minggu lepas ibu dapat tau yang ibu bakal menyertai lawatan yang dah ibu ceritakan di sini. Jadi, ibupun mulalah berangan-angan nak melaram dengan baju baru bersulamkan manik dan labuci. 

Sabtu, ibu sibuk menemankan anak-anak ke sini. Jadi, Ops Manik Labuci hanya bermula petang Ahad dan berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi. Tak banyak yang ibu jahit; hanya bahagian cekak di lengan baju.

Semasa menggosok baju ni, ibu rasa macam ada yang tak kena. Tapi disebabkan dah terlalu mengantuk, ibu buat-buat tak tau lalu terus tidur. 

Keesokannya, selepas menyiapkan sarapan, ibu terus mengenakan baju tersebut. Elok baju tersarung di tubuh, ibu tersentap. Huhu.. lengan baju tu terlalu labuh. Mood riang gembira terus bertukar. Tapi ibu tak boleh buat apa dah. Terpaksa juga pakai baju tu sebab dah tak sempat nak gosok baju dan tudung lain. Tak pasal-pasal nanti satu bas menunggu ibu sorang. Nasib baiklah lawatan tersebut menyeronokkan. Banyak ilmu baru yang ibu peroleh. Terubat jugalah hati yang rawan.  

Ibu tiba di rumah lebih lebih kurang jam 2.00 petang. Dek rasa tak puas hati, petang tu juga ibu lancarkan ops susulan. Nak tau tak apa jadi dengan baju ibu tu?  Esok ibu ceritakan ye..

Moral of the story:
  • Walau macam mana terror tukang jahit tu, cuba dulu baju yang dah siap kerana tukang jahit tu pun manusia biasa.  
  • Cinta yang mula bersemi memang banyak dugaannya. hehe..

Rabu, 18 April 2012

Menjejaki Ilmu @ SK Paya Pulai

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kelmarin, ibu menyertai lawatan penanda aras ke SK Paya Pulai, Temerloh. Sepuluh buah sekolah di daerah Jerantut terlibat dengan lawatan ini. Setiap sekolah diwakili oleh empat orang guru termasuk guru besar. Walau bagaimanapun sekolah ibu telah menghantar lima orang wakil. 

Kami ke sana untuk mendapat pendedahan tentang program i-THINK. Program untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh PM di bangunan Parlimen pada 13 Mac lepas. (Berita di sini)

Berdasarkan kajian, kemahiran berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) guru dan murid di Malaysia amat rendah. Justeru, program ini diharapkan dapat melahirkan murid yang lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas. 

SK Paya Pulai merupakan salah sebuah daripada sepuluh buah sekolah rintis bagi program ini di seluruh negara. Seorang guru daripada setiap sekolah telah dihantar ke UK pada Oktober 2011 untuk melihat lebih dekat pengaplikasian program ini di sekolah-sekolah di sana. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang program ini, bolehlah berkunjung ke sini.

Ok lah, ibu kongsikan beberapa gambar sepanjang lawatan..

 Taklimat ringkas tentang 8 peta pemikiran oleh GPK SK Paya Pulai

Peserta-peserta lawatan yang kusyuk mendengar taklimat oleh Guru Besar SK Paya Pulai.

Contoh-contoh peta pemikiran di dalam buku latihan murid dan di papan kenyataan di bilik darjah

 Seorang guru bahasa Inggeris sedang menggunakan peta pemikiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

 Model-model tak berbayar program i-THINK

Ps: Sebenarnya, ada cerita di sebalik baju yang ibu pakai ni.. Insyaallah, nanti ibu ceritakan.

Isnin, 16 April 2012

Sepetang di Tepian Kolam @ Felda Residense Tekam

Petang semalam ibu bawa anak-anak mandi-manda. Turut sama tiga orang adik ibu dengan anak masing-masing. Daerah ibu ni tidak berlaut. Jadi, kalau nak mandi-manda sekadar di air terjun atau kolam je. 

Semalam kami ke sini…

Tempat ni tak jauh; lebih kurang setengah jam perjalanan dari rumah ibu. Setengah jam tu bukan jalan kaki ye, jalan dengan kereta. hehe.. Sewaktu kami tiba lebih kurang pukul 4.00 petang, dah ramai pengunjung yang berendam di kolam ni.

Bukan main seronok lagi 2F dan sepupu-sepupunya dapat main air. Para ibu dan anak-anak dara hanya melihat dari tepian kolam je.. Bukan tak teringin terjun ke dalam kolam ni, tapi almaklum tempat ni terbuka..

 
Tiga dara pingitan yang hanya mampu melihat adik-adik bersuka ria. 
Mereka ni anak buah ibu..

Pukul 5.30 petang, kami bersiap-siap untuk pulang. Ketika ni, adalah pulak adegan jerit-menjerit. Sorang anak buah ibu tak puas berendam; tak mau balik. hehe.. Jenuh jugalah mak dan pak sedara memujuk. 

 
Ketika berjalan menuju ke kereta, ternampak pemandangan yang menyakitkan mata dan hati ini. Perbuatan orang tak bersekolah agaknya..

Ahad, 15 April 2012

Bayi ditinggalkan atas bonet kereta

Masih bertali pusat

MUAR – “Saya sangka ada orang hantar barang, tetapi terkejut apabila buka kotak ini terdapat satu beg hitam mengandungi seorang bayi perempuan yang sedang menangis dalam keadaan berpeluh,” kata Abd Rashid Sirat. 

Bayi malang yang masih bertali pusat dan hanya dibalut dengan tuala dijumpai oleh Abd Rashid ditinggalkan dalam kotak polistren putih di atas bonet kereta Honda Civic miliknya di sebuah masjid di Parit Pechah, Parit Jawa dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Abd Rashid menyedari kewujudan kotak itu ketika menghampiri keretanya untuk pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat subuh di masjid berkenaan.

Menurutnya, walaupun berasa pelik tetapi dia tergerak hati untuk membuka kotak itu dan terkejut melihat seorang bayi perempuan sedang menangis.

“Tanpa berlengah saya segera memanggil jemaah lain yang masih berada dalam masjid untuk memaklumkan penemuan bayi ini. Mujur saya cepat buka kotak ini, jika tidak pasti bayi malang ini sudah lemas kerana kotak polistren putih ini kedap udara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Turut ditemui dalam beg itu ialah sekeping kertas mengandungi nama bayi berkenaan iaitu Salamiah Hasanah Khairulanam dan ibunya, Sri Susanti serta pesanan mengatakan tidak mampu memelihara bayi itu dan akan menunggunya di Jakarta, Indonesia.

Abd Rashid berkata, dia tidak pasti berapa lama bayi itu ditinggalkan kerana sewaktu tiba di masjid kira-kira jam 5.30 pagi tidak menemui sebarang kotak atau tiada kelibat individu mencurigakan berhampiran masjid itu.

Katanya lagi, dia dan rakan-rakan membawa bayi itu masuk ke dalam masjid supaya tidak kesejukan sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi malang itu.

“Berdasarkan tali pusat yang masih melekat pada bayi, kemungkinan bayi itu baru dilahirkan beberapa hari lalu.

“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Jelas beliau, polis kini sedang giat mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Selain itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu menghubungi IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - sumber

Seminggupun Berlalu

Pejam celik, pejam celik, hari ni berakhirlah cuti along selama seminggu. Pagi semalam ibu dan ayah hantar along ke stesen bas di Bandar Ikan Patin, Temerloh. Angah dan Ude ikut sekali manakala 2F macam biasa tak nak ikut. Masing-masing nak tinggal kat rumah nenek. 
Ibu tau, sebenarnya Faiq sedih. Almaklum, dia amat rapat dengan along. Seminggu along ada di rumah, seminggu juga dia asyik keluar masuk bilik along. Keraplah terdengar hilai tawa dan jerit-pekik anak-anak ibu dari bilik along. Entah siapa yang usik siapa ibu pun tak pasti. 

Bas ke Kuala Terengganu bertolak pukul 9.15 pagi walaupun mengikut jadual asal pukul 9.00 pagi. Ok lah tu kan, lewat 15 minit je. Waktu along balik ke sini minggu lepas, bas lewat hampir sejam. Sejam jugalah kami menunggu along di stesen bas Temerloh.
Ibu bersama along pada hari pengumuman keputusan UPSR 8 tahun lalu dan pada hari pendaftaran matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perak, 2 tahun lepas.

Good luck buat along daripada ibu, ayah dan adik-adik di sini. Sudah pasti ibu dan adik-adik akan merindui oreo cheese cake yang along selalu buat tu. Yang along tinggalkan buat ibu dan adik-adik semalampun dah habis. Ayah tak masuk senarai sebab tak suka makan kek. Ibu pulak memang pantang dengan cheese cake ni *pantang nampak.