▼
Khamis, 31 Mei 2012
Selasa, 29 Mei 2012
Persiapan Terakhir
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Minggu ini, minggu yang sibuk bagi ibu dan ayah. Hanya berbaki tiga hari untuk menyiapkan segala keperluan angah yang akan mendaftar di sebuah ipta, 2 Jun nanti. Terpaksa menunggu saat-saat akhir kerana sebelum ni ibu dan ayah agak sibuk (mengalahkan menteri pelajaran.. hehe)
Pagi semalam ibu ke sekolah kerana menyelesaikan beberapa urusan yang tak sempat ibu bereskan sebelum cuti. Ayah juga ke sekolah kerana ada kelas tambahan. Jam 2.30 petang, barulah kami sempat menemani angah ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Urusan di hospital selesai lebih kurang jam 4.30 petang.
Pagi tadi, ibu ke sekolah lagi kerana ada bengkel Bahasa Melayu untuk murid-murid tahun 6. Program selesai hampir jam 1.00 tengah hari. Jam 2.30 petang, ibu dan ayah sekali lagi menemani angah. Kali ini ke bank pula untuk tunaikan waran WPP (Wang Pendahuluan Pembiayaan) PTPTN. Urusan di bank tak selancar urusan di hospital semalam. Untuk tunaikan waran tu saje, terpaksa menunggu hampir tiga jam.
Sebenarnya, dapat waran WPP tu dah seminggu. Ibu dan ayah yang menemani angah ke Majlis Penyerahannya di UiTM Bandar Tun Razak, Jengka pada Sabtu, 19 Mei.
Sebahagian daripada 1,133 penerima WPP bersama pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said. Angah nun di belakang; nampak kepala je..
Kononnya, selepas urusan pendaftaran angah selesai, kami akan bercuti-cuti Malaysia. Tapi, punyalah sibuk, sampai lupa nak tempah bilik penginapan. Malam tadi jenuh ibu dan ayah menggoogle dan menelefon homestay, hotel dan chalet, semuanya dah penuh. huhu..
Ahad, 27 Mei 2012
Cabaran @ KSSR/KSSM
Sebelum cuti, terdengar keluh-kesah rakan-rakan yang terlibat dengan KSSR. Ibu cukup faham dengan bebanan tugas yang perlu mereka tanggung. Ketika orang lain dah bersuka ria di kampung cuti ni, masih ada yang sibuk melengkapkan fail-fail yang berlambak. Ibu sekadar boleh melahirkan rasa simpati. Nak tolong memang tak mampu sebab diri sendiri pun dah terbeban dengan pelbagai tugasan.
Minggu lepas, ibu tengok Faiz pun nampak sibuk. Untuk pengetahuan, bujang ibu tu belajar di tingkatan 1. Jadi, diapun terlibat dengan kurikulum baru; KSSM. Cuti Sabtu dan Ahad, Faiz sibuk menyiapkan carta ni. Katanya, kena buat pembentangan untuk naik ke band 6.
Nampak dia agak gusar sebab perlu menjawab soalan-solan yang dikemukakan oleh rakan-rakan dan guru selepas sesi pembentangan. Alhamdulillah, keesokannya Faiz beritahu yang dia dah berjaya naik ke band 6.
Bukan sengaja ibu paparkan kisah bujang ibu ni. Cuma nak menggambarkan bagaimana pentaksiran dalam kurikulum baru ni dibuat. Jika dulu, prestasi anak-anak kita bergantung kepada peperiksaan seratus-peratus, tapi tidak lagi sekarang.
Bagi yang ingin tahu lebih lanjut tentang KSSR dan kaedah pentaksiran yang digunakan boleh rujuk sini.
1st GA:MairaDiana Nak Kasi Brooch
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Kalau nak brooch, jom join giveaway anjuran MairaDiana Craft ni..
Bagi yang nak join, sila klik banner di atas
Tarikh tutup: 09 Jun 2012
Semoga Berjaya!!
Sabtu, 26 Mei 2012
Tudung Murah Collections GIVEAWAY !
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Jom sertai giveaway anjuran Tudung Murah Collections ni..
Bagi yang nak join, sila klik banner di atas
Tarikh tutup: 07 Jun 2012
update
Tarikh tutup: 07 Julai 2012
Ibu tag:
Cik Rose Cute
fyzz
JemariSuri
Rakan-rakan yang lain pun, meh join ramai-ramai!!
Rabu, 23 Mei 2012
Mutiara Kata ♥ Jambatan Kehidupan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ibu pernah baca lalu tertarik dan terus catat.
Tapi, lupa pulak baca kat mana.
Sama-samalah kita hayati...
Selasa, 22 Mei 2012
Ketam Masak Lemak Cili Api
Minggu ni, ramai yang dah mengukir senyuman. Almaklum, cuti sekolah bakal menjengah beberapa hari je lagi. Tentu ramai yang dah buat perancangan untuk mengisi cuti dua minggu ini. Ada yang balik kampung dan tidak kurang juga yang bakal menjayakan program cuti-cuti Malaysia bersama keluarga.
Bagi ibu pulak, perasaan bercampur-baur. Selain sibuk dengan minggu peperiksaan, sekolah ibu juga sibuk dengan persiapan untuk satu program yang agak besar yang akan berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu akan datang (program yang baik tapi rasanya masa kurang sesuai). Kemudian, sambung pula dengan kelas tambahan.
Ibu juga sibuk dengan persiapan angah yang akan mendaftar di sebuah ipta pada 2 Jun nanti. Dah tentu ibu gembira dengan kejayaan angah. Namun, bohonglah kalau ibu tak rasa sedih. Sedih kerana seorang lagi anak akan meninggalkan kami.
Ketika sibuk membuat persiapan untuk angah, teringat pada along nun jauh di Kuala Terengganu. Bila rindu kat along, teringat masakan kegemarannya; ketam masak lemak. Inilah antara menu wajib setiap kali along balik bercuti. Jom, kita kongsi resipinya..
KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 1 kg ketam (lupa nak kira berapa ekor..)
- 2 batang serai - dititik
- 2 helai daun kunyit - disiat2
- 1 liter santan
- 300 ml pati santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan-bahan yang
dikisar:
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 6 biji cili merah (ikut cita rasa)
- 1 inci kunyit hidup
- 1 camca besar ikan bilis - rendam dan toskan
- 1/2 inci belacan (pilihan)
Cara memasak:
- Siang ketam, buang kaki yang kecil, ketul sedikit sepit supaya isinya mudah dikeluarkan.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
- Masukkan ketam, daun kunyit dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih.
- Tuangkan pati santan. Kacau dan masak atas api perlahan hingga mendidih. Tambah garam dan gula (jika suka) secukup rasa.
- Masak untuk 1-2 minit lagi lalu matikan api.
* Kalau suka boleh tambah kacang panjang, kacang buncis, nanas atau rebung
p/s: Ibu tak makan ketam. Hanya masak untuk anak-anak.
Isnin, 21 Mei 2012
Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dah lama ibu nak join GA anjuran Jemari Asmara ni
tapi baru hari ini berkesempatan..
Bagi yang nak join, sila klik banner di atas
Tarikh tutup: 10 Jun 2012
Hadiah-hadiah yang ditawarkan:
Hadiah
pertama:
Hadiah misteri bernilai RM50.00
dan Ganu FM
Hadiah
kedua:
Hadiah misteri bernilai RM40.00
dan Ganu FM
Hadiah ketiga:
Hadiah misteri bernilai RM30.00
dan Ganu FM
Hadiah
saguhati:
Ganu FM x 6 pemenang
Meh, kita join ramai-ramai!!
1 Rejab 1433H
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, kita dah pun melangkah ke bulan Rejab 1433H. Bulan ini dirasakan begitu istimewa kerana kedatangannya menandakan hampir ketibaan tetamu agung, Ramadan al-Mubarak.
Imam Syafie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar. Jadi, perbanyakkan doa, mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita dan memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT ~ Ustaz Don Daniyal
Ahad, 20 Mei 2012
♥ My Precious ♥
Assalamualaikum
Selamat berhari minggu.
Hari ni ibu nak perkenalkan blog ketiga ibu.
Sebenarnya, My Precious lahir pada 1 Mei yang lepas.
My Precious ibu hasilkan khusus sebagai wadah untuk ibu menzahirkan minat dalam pengumpulan pinggan mangkuk lama (PML).
Melalui My Precious juga, ibu harap dapat berkongsi minat dengan rakan-rakan yang juga mempunyai minat yang sama.
Koleksi pml ibu tidaklah sebanyak mana.
Tidak sehebat rakan-rakan pengumpul pml yang lain.
Cuma, dengan adanya My Precious tidaklah Ibu Berbicara ni bercampur aduk. Segala entry dan gambar berkaitan pml ibu ibu simpan di sana.
Buat rakan-rakan yang berkunjung ke sini, sudi-sudilah jengah ke My Precious ye.. Manalah tahu, kot-kot minat ibu ni boleh berjangkit.
Bolehlah kita berkongsi minat selepas ini.
Sabtu, 19 Mei 2012
Meraikan Diri Sendiri
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Malu nak cerita sebenarnya.. Maklumlah, ketika kemeriahan hari guru bagi hampir semua sekolah dah disimpan dalam lipatan kenangan, sekolah ibu baru menyambutnya semalam.
Sambutan kali ni cukup sederhana. Tiada lagi acara sukaneka seperti kebiasaan kerana perlu mengejar masa; hari Jumaat waktu balik lebih awal. Acara bermula dengan perhimpunan pagi di Dataran al-Ghazali. Ucapan guru besar, wakil murid dan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran. Kemudian, ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu tema hari guru "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Sebelum bersurai, murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru.
Selepas rehat, acara disambung dengan persembahan pentas. Kebiasaannya, murid menghiburkan guru, tapi kali ini guru-guru menghiburkan diri sendiri. Dengan kata lain, persembahan syok sendiri.
Satu-satunya persembahan daripada murid...
Persembahan Kelab Doktor Muda
Kemudian, guru-guru pula membuat persembahan berdasarkan tema hari guru. Persembahan oleh lima kumpulan guru; Simfoni Kasih, Sembilu Kasih, Nur Kasih, Pilih Kasih dan.. (lupa pulak kumpulan Kasih yang satu lagi tu..); telah dipertandingkan.
Keputusannya..
v
v
v
v
v
Ibu bersama ahli Sembilu Kasih yang menjadi johan
P/s: Ude sedang menyertai karnival bahasa Inggeris peringkat negeri di Temerloh.
Khamis, 17 Mei 2012
Masihkah Ada Kemeriahannya??
Berlalu sudah 16 Mei; hari keramat buat insan bergelar guru. Ibu lihat di laman fb rata-rata rakan guru berbicara tentang sambutan hari guru di sekolah masing-masing. Dapat ibu bayangkan betapa meriahnya sambutan yang diadakan setahun sekali itu.
Buat ibu dan rakan-rakan pula, 16 Mei tahun ini berlalu begitu sahaja. Tidak kedengaran ucapan "Selamat Hari Guru" daripada murid-murid seperti tahun-tahun sebelum ini. Tiada juga sambutan yang gilang-gemilang seperti kebiasaannya.
Sebenarnya, ada sebab mengapa sekolah ibu tidak mengadakan sambutan hari guru semalam, sebaliknya hanya akan diadakan pada hari Jumaat.
Kelmarin sekolah ibu menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini
Semalam, ketika sekolah-sekolah lain meraikan hari guru, sekolah ibu menerima kunjungan tetamu lagi. Kali ni, tetamu yang hadir adalah panel penilai Pertandingan Sekolah Lestari peringkat negeri Pahang.
Tahniah buat rakan-rakan AJK program lestari sekolah yang dah
bertungkus-lumus sejak beberapa minggu yang lalu.
Hari ini pula, sepatutnya kami menerima kunjungan panel penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang bagi pertandingan tandas terbersih sekolah-sekolah negeri Pahang. Walau bagaimanapun, mereka tidak kunjung tiba.
Ps: Petang tadi ada sesi latihan untuk persembahan hari guru. Harap-harap kumpulan Sembilu Kasih dapat buat persembahan terbaik.
Rabu, 16 Mei 2012
Terima Kasih ♥ Cikgu..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pada kesempatan ini ibu ingin mengucapkan
buat...
Mak dan ayah ~ "guru" yang telah banyak
mengajar ibu erti sebuah kehidupan
Tidak lupa buat insan-insan yang telah mengajar dan mendidik Norsalmi Abdul Rahim ini, yang terdiri daripada guru-guru dan pensyarah di:
SK Pedah, Jerantut
SM Jerantut Satu (kini SMK Jerantut)
Maktab Perguruan Kota Bharu (kini IPGM Kampus Kota Bharu)
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
Open University Malaysia
Tanpa cikgu semua, saya tak akan berada di mana saya berada sekarang.
Juga buat semua guru yang telah mengajar dan mendidik anak-anak kami, iaitu guru-guru di:
Taski Al-Huda, Mersing
SK Sawah Dato', Mersing
Taski As-Syakirin, Jerantut
SAR As-Syakirin, Jerantut
SK Bandar Jerantut
SK Temin, Jerantut
SMK Padang Saujana, Jerantut
SMKA Tengku Ampuan Hajah Afzan, Jerantut
Terima kasih atas pengorbanan
cikgu-cikgu mengajar dan mendidik anak-anak kami.
Terima kasih juga atas kesabaran cikgu-cikgu melayan karenah mereka.
Sejuta kemaafan kami pohon andai ada tutur kata dan perlakuan
anak-anak kami yang mengguris hati dan perasaan cikgu.
Sesungguhnya, jasa cikgu hanya Allah jua
yang mampu membalasnya.
Selasa, 15 Mei 2012
Malang Tidak Berbau
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pagi semalam, ibu ke sekolah macam biasa. Dan macam biasa juga,
mood ke sekolah agak lemau.. Maklumlah mood cuti hujung minggu masih
menguasai.. Tapi, jangan salah sangka tau.. Yang lemau tu masa nak melangkah ke
sekolah je.. Tiba di sekolah, tanggungjawab tetap dilunaskan sebaik mungkin.
Lebih kurang 2km sebelum sampai ke sekolah, ibu ternampak
asap hitam berkepul-kepul di udara. Hati mula cemas. Mulalah fikir yang bukan-bukan.
Kebetulan pula, laluan
ke sekolah ibu agak sibuk dan selalu juga berlaku kemalangan.
Ibu teruskan perjalanan walaupun jantung makin kencang berdegup. Sambil memandu, tangan mengurut dada. Makin dekat, jalan makin sesak.
Rupa-rupanya..
Sebuah kereta terbakar betul-betul di luar pagar sebuah sekolah menengah (antara rumah dan sekolah ibu, ada dua buah sekolah menengah). Masa ibu lalu di sini, bomba belum tiba.
Entah mengapa, bomba tiba agak lewat walaupun kejadian berlaku tidak jauh dari bandar.
Isnin, 14 Mei 2012
Menurunkan Bakat
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Jumaat dua minggu lepas, ibu diminta oleh rakan guru pembimbing PPIM untuk melatih tiga orang ahli PPIM menggubah bunga. Mereka akan mewakili daerah Jerantut ke Karnival Hari Puteri peringkat negeri.
Disebabkan Jumaat tu agak sibuk, ibu hanya sempat membuat satu gubahan untuk ditunjukkan kepada mereka. Sambil-sambil menunjuk cara, sempatlah beri sedikit panduan menggubah bunga yang ibu tahu. Ibu bukanlah pandai sangat; hanya belajar dari pemerhatian dan pembacaan.
Alhamdulillah.. Hari Khamis, tiga orang puteri ni balik dengan berita gembira; mereka mendapat tempat kedua. Sesuatu yang tak dijangkakan kerana ketiga-tiganya tidak pernah menggubah bunga sebelum ini. Mereka bertanding pun hanya berbekalkan latihan yang singkat. Untuk pengetahuan, bunga-bunga disediakan oleh penganjur pada hari pertandingan dan mereka diberikan masa dua jam untuk menyiapkan gubahan.
Jom tengok hasil gubahan mereka..
Siapa sangka, ini adalah bekas tangan murid Tahun 6. Walaupun ada sedikit kekurangan, namun tidak mencacatkan gubahan (Wah, cikgu beri komen mengalahkan penggubah profesional!!!) Ibu gembira kerana dapat menurunkan sedikit bakat yang dianugerahkan kepada ibu.
P/s: Kebiasaannya, rakan-rakan gubah sendiri bunga atau beli yang dah siap digubah?
Ahad, 13 Mei 2012
♥ 5 Roses nan Ayu
Lamanya ibu tak bersiaran. Rindu
kepada rakan² semua. Maaf ibu pohon kerana kunjungan rakan-rakan ke sini tak
disambut. Maaf juga andai ada sapaan yang belum berbalas. Ibu tak ke mana²,
masih di sini cuma sepanjang minggu mood dah ke laut.
Sepanjang minggu ibu agak stress.
Kecewa sangat dengan keputusan ujian anak-anak didi. Walaupun ada peningkatan
berbanding ujian sebelumnya, tapi bagi ibu, peningkatan tu tidak seperti yang
ibu harapkan. Sesetengah murid menunjukkan peningkatan yang berterusan. Namun,
masih ada yang masihduduk di takuk lama. Bukan ibu tak bersyukur, tapi terlalu
kecewa.
Untuk mengubat rasa kecewa, ibu nak
buat entry tentang minat ibu yang juga merupakan terapi minda buat ibu. Ibu
mohon maaf kerana asyik menghidangkan entry berkaitan pml. Rasanya tak salah
kan?? Dah nama pun minat. Lagipun, apa salahnya kita berkongsi minat. Manalah
tau, kot-kot berjangkit pulak minat ni..ngee
Kali ni ibu nak berkongsi rasa
gembira memiliki cawan berpenutup atau lebih dikenali dengan mug. Mug pertama
yang ibu miliki adalah yang bermotif 5 roses.
Sedang menanti pasangan yang bakal
tiba.
Sebelum ini ibu tak berminatpun
untuk menjadikan set 5 roses sebagai koleksi ibu. Tapi, setelah memiliki mug
ini dan menatap sendiri keayuan motif 5 roses, hati dah mula terpikat. Mulalah
berangan nak dapatkan teko dan cawannya pulak.
Ps: Ada tak rakan-rakan yang
mempunyai teko dan cawan 5 roses ni.. atau mungkin ada tersimpan dalam lemari
di kampung?