Ahad, 8 April 2012

Sabar & Redhalah

Jom baca pesanan daripada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood yang ibu cp daripada fb beliau.
Duhai sahabatku sekalian yg dikasihi selalu, 
Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidak mahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA.. Musibah itu sebenarnya adalah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah. Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah, itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. Sebaliknya, jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah, itu petanda hati kita jauh daripada Allah. Oleh itu, sahabatku sekalian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita bertaubat dan kembali kepada Allah - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Pinjam gambar ye ustazah...


5 ulasan:

  1. ingatan utk kami semue ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye UM, di kala musibah menimpa, nasihat & pesanan begini jadi penguat semangat.

      Padam
  2. Tanpa Nama08 April, 2012

    semoga kita sama2 muhasabah diri...dan tabah menghadapi ujian drnya..

    BalasPadam
  3. InsyaAllah semoga kita kuat lalui setiap ujian..tetapi trkdg airmata tumpah juga bila sedih........TQSM 4 sharing....

    BalasPadam
  4. ujian dan musibah tu setiap org alami,cuma caranya saja berbeza.Bila kita kembali pada Pencipta,Insyaallah segalanya baik saja..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA