Selasa, 15 Mei 2012

Malang Tidak Berbau

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pagi semalam, ibu ke sekolah macam biasa. Dan macam biasa juga, mood ke sekolah agak lemau.. Maklumlah mood cuti hujung minggu masih menguasai.. Tapi, jangan salah sangka tau.. Yang lemau tu masa nak melangkah ke sekolah je.. Tiba di sekolah, tanggungjawab tetap dilunaskan sebaik mungkin.

Lebih kurang 2km sebelum sampai ke sekolah, ibu ternampak asap hitam berkepul-kepul di udara. Hati mula cemas. Mulalah fikir yang bukan-bukan. Kebetulan pula, laluan ke sekolah ibu agak sibuk dan selalu juga berlaku kemalangan.

Ibu teruskan perjalanan walaupun jantung makin kencang berdegup. Sambil memandu, tangan mengurut dada. Makin dekat, jalan makin sesak. 

Rupa-rupanya..

Sebuah kereta terbakar betul-betul di luar pagar sebuah sekolah menengah (antara rumah dan sekolah ibu, ada dua buah sekolah menengah). Masa ibu lalu di sini, bomba belum tiba.

Entah mengapa, bomba tiba agak lewat walaupun kejadian berlaku tidak jauh dari bandar.

Ibu dimaklumkan bahawa kereta yang terlibat adalah kereta seorang guru yang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah ibu. Mereka tinggal di kuarters pendidikan yang terletak di belakang sekolah ni. Kereta terbakar secara tiba-tiba. Alhamdulillah, tuan punya kereta dan anaknya berjaya menyelamatkan diri.


6 ulasan:

  1. Allahu akbar, bahayanya. Alhamdulillah semuanya selamat...

    BalasPadam
  2. Nasib baik semuanya selamat, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. kalau izan yang lalu kat tempat kejadian pun mesti berdebar2 kak... alhamdulillah... takde kemalangan jiwa dan semuanya selamat.

    BalasPadam
  4. Ya Allah nasib baik ibu n anaknya selamat.macam2 kejadian tak diingini berlaku.cmna bley terbakar ye?

    *sy dh tak pakai domain, nie url baru http://puankutu.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. MasyaAllah...dasyatnya kak mie...dpt tgk secara live lak tu...

    Skrg ni byk trjadi kes kereta terbakar.....betul ke sbb minyak "kuning" tu yg sensitif?????

    BalasPadam
  6. nasib baik tak de apa2...memang menakutkan....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA