Khamis, 12 Julai 2012

Lawatan Penandaarasan ke SK Convent Kota

Lawatan penanda aras SK Temin, Jerantut ke SK Convent Kota, Taiping, Perak ini telah lama berlalu. Sengaja ibu abadikan di sini sebagai kenang-kenangan. Lawatan ini diadakan semasa kami sibuk membuat persiapan untuk anugerah sekolah cemerlang peringkat kebangsaan. 
Sampai je terus bergambar.Bersama guru besar SKCK (tengah berbaju jalur hitam-krim). Macam biasa, kalau bergambar ramai-ramai macam ni kedudukan ibu dah tentu di tengah, barisan  belakang sekali.

 
Model-model tak berbayar.

Malamnya kami ke sini. Macam budak-budak pulak. hehe
 
Inilah tempat kami menginap..

Keesokannya sesi mengempiskan dompet.
Antara rakan yang paling banyak simpan duit kat sini. Ibu kurang minat dengan pasu tembikar. Jadi, di sini ibu hanya beli cenderamata untuk emak dan adik-adik. 

Kemudian, kami ke Kuala SepetangSebut Kuala sepetang, tentu ada yang dapat agak tujuan kami ke sana.
Masing-masing tak sabar menanti..

Apa lagi kalau bukan mi udang. Sayangnya, ibu bukanlah penggemar udang. Jadi, ibu makan mi je, udangnya pas kat kawan-kawan. Akhirnya, tak habis juga sebab mi pun dah rasa udang.

Dalam perjalanan balik kami singgah di sini..


Ada lagi beberapa tempat yang kami kunjungi tapi sayang takde gambar. Jadi, tak perlulah diceritakan.

Banyak pengetahuan yang kami peroleh daripada lawatan ke SKCK. Balik dari sini, kami meneruskan persiapan untuk anugerah sekolah cemerlang. Alhamdulillah, akhirnya sekolah ibu berjaya juga meraih anugerah tersebut.

P/s: Ingatkan lepas dapat anugerah tu dah boleh rehat-rehat. Rupa-rupanya bertanding pulak untuk sekolah kluster kecemerlangan. Untuk itu, kami melawat lagi. Insyaallah, nanti ibu kongsikan ceritanya.


6 ulasan:

  1. Kak ibu salmi yang tang mee udang tu tak tahan

    BalasPadam
  2. kalau yah ada, confirm yah yg trpacak sebelah kak mie kalau sesi brgambar...hehehe...

    mak aiii, xthn tgk udang besar tu..pergi hr tu xsmpt nak singgah la....terkilan sungguh...

    TAHNIAH utk kak mie n warga sk kak mie.....moga terus cemerlang.....

    BalasPadam
  3. Sedapnya mee udang tu kak. Geram je tgok udang tu.. Kali terakhir sy g tmpt2 tu masa prgnntkan maryam. Gambarvpun dah x ada,bsemua dlm lappy yg hilang. Huhuhu..

    BalasPadam
  4. salam kenal melalui Ibu Zefa.. haii kak ida :-)

    BalasPadam
  5. oh jalan2 taiping ye..Baru semalam sy makan mee udang dekat hospital.hehe..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA