Kepada semua pelajar lepasan SPM 2012 yang memohon kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2013/2014, anda boleh membuat Semakan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014 bermula 25 April 2013.
Semakan melalui SMS
- Taip MOE<jarak>MAT<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888
 - Contoh: MOE MAT 951223125431 dan hantar ke 15888
 - Mulai 4.00 petang, 25 April 2013
 
Makluman Penting:
Calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program 
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa
 mendaftar di kolej:
- Surat tawaran
 - Panduan pendaftaran
 - Dokumen peribadi pelajar
 - Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
 
Tarikh pendaftaran: 
- Kolej Matrikulasi Labuan - 19 Mei 2013
 - Kolej Matrikulasi Sarawak - 26 Mei 2013
 - Kolej-kolej Matrikulasi seluruh semenanjung - 27 Mei 2013
 
Rayuan:
- Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013.
 - Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.
 
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083  boleh 
dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.