Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan 
puasa adalah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah.
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa 
cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. 
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada 
malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan
 televisyen," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:
- Pontian Kecil, Johor;
 - Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
 - Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
 - Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
 - Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
 - Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;
 
Lokasi lain ialah:
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
 - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
 - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
 - Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
 - Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
 - Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
 - Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
 - Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
 - Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
 - Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
 - Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
 - Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
 - Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
 - Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
 - Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
 - Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
 - Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
 - Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
 - Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
 - Menara Kuala Lumpur;
 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
 - Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
 
Sumber: SINI

Saya teringin nak cerap anak bulan tapi tak pernah berkesempatan Ibu.
BalasPadamselamat berpuasa kak mie.
BalasPadamgood sharing
BalasPadamsalam ramadan
selamat menyambut ramadhan almubarak..
BalasPadam