Tahun ini, sekolah ibu menjadi tuan rumah bagi Karnival Dakwah (sebelum ini dikenali dengan Majlis Tadarus Al-Quran) peringkat daerah Jerantut. Majlis berlangsung pada hari Khamis, 3 April 2014.
Bagi program ini, kami perlu menyediakan lima venue bagi tujuh pertandingan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah. Antara pertandingan tersebut ialah pertandingan bercerita, syarahan, tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, tulisan jawi dan nasyid.
Kali ini ibu mengetuai jawatankuasa persiapan pentas bagi pertandingan bercerita dan pertandingan nasyid yang juga dijadikan venue bagi majlis perasmian penutup. Hiasan pentas berjaya disiapkan dalam tempoh dua hari memandangkan kerja-kerja menghias hanya dilakukan selepas waktu mengajar.
Syukur Alhamdulillah, ibu dibantu oleh rakan-rakan guru yang amat kreatif.
Inilah hasilnya setelah bertungkus-lumus selama dua hari.
Faiz turut menyertai Karnival Dakwah kali ini. Setelah empat kali menyertai Karnival Dakwah, dapat juga anak ibu bertanding di atas pentas yang dihias oleh ibu sendiri.
seronoknya..cantik sangat hiasan pentas tu kak salmi..
BalasPadamteringat masa zaman sekolah2 dulu pernah join kumpulan nasyid wpun suara takde la sedap mana..hihihih
mana ibu ni ek?mana lah..iman nk tgk ibu wat keje ni.ke ibu ngular ni?hehehhe..teringt time iman belajr kat skolah. time ihtifal.. ktorg murid yg kena dsgn2.ntah pape mcm lawak
BalasPadamKak mie mmg kreatif. Hasil sentuhan k.mie xpernah mengecewakn.
BalasPadamTahniah faiz...yg pnting penyertaan tu.
Kerja sama yang baik membuahkan hasil :-)
BalasPadammenariknya program macam ni kak salmi,
BalasPadammoga program berjalan lancar, insha Allah :)
cantik pentasnya..tak sia2 betungkus lumus selama dua hari..klu dah tanagn seni buat apa pun jadi
BalasPadamkreatifnya cikgu yang buat ni..cantik pun cantik
BalasPadam