Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama dah ibu tak menulis tentang anak² di sini. Kesibukan yang tak berpenghujung menyebabkan rumah kecil ini terus terabai. Namun Alhamdulillah hari ini sempat juga ibu mencuri masa mengedit dan menerbitkan entri ini. Sebenarnya, ini entri tertangguh. Hampir setengah tahun terperam dalam draf.
Begitu masa datang dan pergi, dan tidak menoleh lagi; puteri sulung ibu dah pun menamatkan pengajiannya. 24 Oktober 2015 yang lalu Along telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah bertungkus lumus selama 4 tahun dalam jurusan Sains Teknologi Alam Sekitar di Universiti Malaysia Terengganu.
Kami sekeluarga kecuali Angah telah ke Kuala Terengganu sehari sebelum itu. Seperti biasa, jika ke Kuala Terengganu, kami akan menginap di JBK Lodging/Homestay yang terletak di Jalan Tok Jembal, Kuala Terengganu. Kami selesa menginap di sini kerana perkhidmatannya yang baik serta suasananya seperti berada di rumah sendiri. Kami di sini selama 2 malam.
Keesokannya, selepas zohor kami ke UMT.
Along terlibat pada sesi kedua hari pertama Majlis Konvokesyen UMT ke-13 ini.

Buat Along, perjuangan yang lebih mencabar perlu diharungi selepas ini. Ibu doakan Along berjaya dalam apa jua perkara yang Along lakukan selepas ini.
PS: Sebarang pertanyaan atau tempahan bilik JBK Lodging/Homestay, sila hubungi:
Hj. Hashim A. Baki (Pengurus)
Lot 20303, Kg. Pak Tijah,
Jalan Tok Jembal,
21300 Kuala Terengganu
HP: 013-9991817
Tahniah! Inilah saat paling membanggakan hidup kita sebagai emak ya Sal. Menyaksikan anak yang kita kandung dan besarkan berjalas di pentas dengan segulung ijazah..
BalasPadamTak kisahlah walau telah hampir 6 bulan berlalu... tapi ia tetap mencatatkan kenangan manis dlm hidup kita.
Manis betul anak dara kak mie..saling tak tumpah ibunya.tahniah along..semoga berjaya dalam alam pekerjaaan pula
BalasPadamtahniah along
BalasPadam