Sabtu, 25 Ogos 2012

Berakhirnya Cuti Raya...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam 7 Syawal buat semua pengunjung iBu BeRBiCaRa. Bagi rakan-rakan guru, cuti sempena Aidilfitri dah pun hampir sampai ke penghujungnya. Insyaallah, esok lusa akan kita harungi dengan rutin biasa seperti sebelum kehadiran Syawal. Namun, bagi rakan-rakan bukan guru, tentu dah ada yang mula bekerja beberapa hari lepas.

Hari ini tibalah saat ibu dan ayah menghantar Angah pulang. Kami bertolak dari rumah dah agak lewat; lebih kurang pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah, pukul 1.30 kami selamat tiba ke destinasi. Selesai makan tengah hari, kami terus menghantar Angah ke asrama. Ketika kami sampai, kawasan asrama agak sunyi. Mungkin penghuninya masih dalam perjalanan. Dua orang rakan bilik Angahpun belum tiba. Sempatlah ibu solat di bilik angah manakala ayah bersama 2F solat di masjid.

Pukul 3.15 petang kami bertolak pulang. Mulanya, kami ikut laluan biasa. Namun, baru lima minit memulakan perjalanan dah terasa kesesakannya. Kereta dah mula bergerak macam siput semput. Lalu kami berpatah balik dan mencari laluan alternatif ke Kuantan. Alhamdulillah, perjalanan lancar namun masih berhati-hati kerana kenderaan yang banyak di jalan raya. Tambahan pula, keadaan jalan yang kurang elok di beberapa lokasi.

Hajat di hati nak singgah di mana-mana hentian sepanjang lebuh raya, namun kesemua hentian sesak hinggakan tiada tempat untuk parkir. Akhirnya, kami meneruskan perjalanan ke Temerloh untuk membeli tiket bas untuk Along yang akan pulang dua minggu lagi. Selepas makan, kami bertolak ke Jerantut dan sampai lebih kurang jam 10.30 malam.  

p/s: Lega sebab dapat menyemak semua kertas peperiksaan sambil menemani 'driver'. Kalau duduk di rumah, belum tentu semua kertas tu berusik.    


11 ulasan:

  1. Selamat kembli ke sk esok kak mie..UPSR makin menghmpiri..yah risau jugak cz Naurah beraya sakan..buku entah kemana....huhuhu....

    Slamat kembali ke kampus utk along n angah....Along Nabilah blk terus ke kelate dgn bas kolej hr tu, jadinya senang la yah xpyh brsesak nk antar dia ke melaka....he....

    BalasPadam
  2. Insyaallah, Naurah takde masalah.. Result dia sblm ni dah ok.. Akak yg cukup2 risau ni, Yah.. Ada anak didik yang jwb soalan macam tak pernah belajar.. huhu..

    BalasPadam
  3. Selamat kembali ke sekolah. Selamat memulangkan anak anak ke asrama. Samalah kita...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ckLah.. Dah lebih seminggu beraya sakan, tibalah masa anak2 pulang ke asrama. Moga panjang usia, Aidiladha boleh berkumpul lagi..

      Padam
  4. selamat kembali mendidik akk ye..baru mula nak kerja nie mesti macam lemau sikit kan?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat lemau, PK.. Mood dh ke laut ni.. kalau sekolah sendiri mau ambik cuti tambahan.. ngee

      Padam
  5. selamat kembali bekerja...best2 cuti mcm liat nak keje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bertugas CM.. Biasa lah kalau cuti, sentiasa rasa tak cukup.. Jangankan seminggu, sebulan pun rasa sekejap.. hehe

      Padam
  6. Selamat kembali ke sekolah...Saya dah kerja hari ni...tensen dgn budak2, bagi kerja rumah tapi ramai yg tak siap..beraya sakan dia orang...lupa periksa dah dekat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dgn situasi di sini.. Hampir separuh kelas tak siap kerja.. Frust sangat sebab kita je yg bersungguh-sungguh. Mak ayah tak kisah pun..

      Padam
  7. hehe..bc komen kt atas jap..standardla kak hari raya parents bizi dg hari raya..tu yg x sempat nengok homework anak <--merujuk pd diri sendiri hehe


    salam aidilfitri ye kak :))

    kalo kt umah selalunya mmg kita akan bz dgn keje kt umah..tu yg keje opis x sempat nk tgk

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA