Ahad, 12 Ogos 2012

Aiskrim Goreng Lagi..

Beberapa hari lepas ibu buat aiskrim goreng lagi atas permintaan anak bujang ibu, Faiq. Macam biasa, ibu buat yang paling mudah. Rasanya ramai yang buat aiskrim goreng dalam bulan puasa ni.


Inilah rupa aiskrim goreng yang dah siap.
Banyak ibu buat sebab ada yang dah pesan awal-awal nak 2 biji.
Lagipun, rakyat jelata memang dah ramaipun.
Jom kita kongsikan cara membuatnya.



Aiskrim Goreng

Bahan-bahan:
  • roti
  • aiskrim (ibu buat perisa vanilla)
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit air

Cara membuat:
  1. Mampatkan semua roti dengan penggelek doh supaya tidak menyerap minyak.
  2. Lembabkan sedikit permukaan roti supaya melekat (ibu spraykan dengan  sedikit air)
  3. Skopkan aiskrim ke atas roti. Kemudian, tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lain.
  4. Tekan mulut cawan ke atas bahagian yang ada aiskrim sehingga roti terputus. Pastikan bahagian tepi roti bercantum supaya aiskrim tidak terkeluar.
  5. Masukkan ke dalam plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk (ruangan seju beku) sekurang-kurangnya 2-3 jam (ibu simpan semalaman).
  6. Keluarkan dari tempat beku dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas hingga kekuningan (lebih kurang 20 saat - jangan terlalu lama untuk mengelakkan aiskrim cair)

SELAMAT MENCUBA


6 ulasan:

  1. Pandainya! CkLah tak pernah buat ni. Makan pun tak pernah. Terima kasih bagi resepi....boleh cuba nanti!

    BalasPadam
  2. kak salmi, roti tu bentuk die mmg mcm tu ke roti biase yg 4segio tekup gune cawan?

    BalasPadam
  3. sedap.. tapi tak sempat buat lg untuk anak2

    BalasPadam
  4. rajinnya gelek roti.. ;)cantik je rupanya :)
    ni ada roti yg beli konon nak makan untuk sahur tapi tak termakan. nampaknya jadi roti goreng je lah nanti. tapi yg ni roti wholemeal ;) macamanalah rasanya ya :)

    BalasPadam
  5. Oh memang kegemaran Qayyum ni.... tak tahu le dia dapat balik esok atau pun lusa ni... tak sabar rasanya

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA