Jika sebut kulat sisir atau cendawan kukur ibu rasa ramai yang tahu. Bagi yang tinggal di kampung terutama yang tinggal berhampiran kebun getah, kulat sisir tentu tidak asing lagi. Untuk pengetahuan, kulat sisir suka tumbuh pada batang pokok getah yang dah mati dan kebiasaannya tumbuh selepas hujan.
Masih ibu ingat ketika zaman kanak-kanak di kampung dahulu, amat mudah mendapatkan kulat sisir ini kerana rumah ibu terletak berhampiran kebun getah. Terasa amat rindu akan suasana meriah ketika bersama emak dan adik-adik mencari kayu api, pucuk paku dan kulat sisir di kebun getah berhampiran. Namun, semuanya kini hanya tinggal kenangan.
Masih ibu ingat ketika zaman kanak-kanak di kampung dahulu, amat mudah mendapatkan kulat sisir ini kerana rumah ibu terletak berhampiran kebun getah. Terasa amat rindu akan suasana meriah ketika bersama emak dan adik-adik mencari kayu api, pucuk paku dan kulat sisir di kebun getah berhampiran. Namun, semuanya kini hanya tinggal kenangan.
Inilah rupa kulat sisir yang telah kering.
Semasa memasak tengah hari tadi teringat kulat sisir yang ibu beli di pasar malam beberapa minggu lepas. Kebiasaannya ibu masak lemak cili api tapi disebabkan kelmarin dahpun makan gulai lemak dan kari di majlis kahwin, jadi hari ini kulat tu ibu goreng je.
Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Goreng Kering air tangan ibu tengah hari tadi.
Resipi Kulat Sisir @ Cendawan Kukur Goreng Kering
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk/ pot kulat sisir @ cendawan kukur
- 3 ulas bawang merah
- 1 batang serai - dititik
- 6-8 biji cili padi (boleh tambah atau kurang)
- Sejemput ikan bilis @ udang kering - ditimbuk kasar
- Garam
- Minyak
Cara Memasak:
- Cendawan dibersihkan dan buang bahagian keras pada pangkalnya. Rendam kulat seketika. Bilas dengan air dan perah hingga kering.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
- Masukkan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi hingga separa lumat.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan garam dan kacau hingga agak garing.
- Masukkan kulat dan goreng hingga agak kering.
*Bagi yang suka Kulat Sisir Goreng Bertelur, hancurkan telur dan masukkan semasa menggoreng.
haisshh.. lama tak makn kulat sisir ni.. dulu kt kg suka kutip kat batang pokok getah.. hee... wat masak lemak sedap gak nih..
BalasPadamMemang kulat sisir suka hidup pada pokok getah yang dah mati. Sedap jika masak lemak cili padi.. sengaja nak ubah selera.
Padamwau sedapnya..suka sgt mushroom2 nie , hihi..
BalasPadamlap2 air liur , tgh lapar nie.. :D
Memang sedap..
Padamcendawan ni sedap..mak selalu wat tumis je..
BalasPadamKulat sisir ni boleh kita pelbagaikan resipinya. Memang sedap..
Padamwahhh...sedap nampak cendawan goreng nie...
BalasPadamsalam kenal..ila follow sini =)
Terima kasih Ila sudi singgah dan follow. .
Padamkulat yg berwarna hitam sama ngan kulat sisir gak ke?
BalasPadamTak pastilah Cik Que. Rupanya macam mana? Kulat sisir ni warnanya putih
Padamcendawan kukur ni biasanya mama Farah masak lomak cili api jer ibu...
BalasPadamKulat sisir ni memang terkenal dengan masak lemak cili api.. Sengaja ibu goreng utk ubah selera..
Padamsedapnya kak mie...feveret yah tu...masa kecik2 suka ikut atuk cari kulat sisir nie...
BalasPadamMemang sedap Yah tapi sekarang ni agak susah nak dapat..
Padamkulit sisir nie masak lemak gan goreng sedap....ingat time kecik2 dulu...selalu makan...
BalasPadamMemang sedap CR, terutama masak lemak cili api..
Padamsdap tu ibu...ssh nak dapt kulat sisir skarang nie...klu ada pon mahal..huhu
BalasPadamBetul tu Nor.. Susah nak dapatkan sekarang ni..
PadamAssalamualaikum ibu, apa rasanya? teringin nak cuba. hee
BalasPadamTak boleh nak ceritakan macam mana rasanya. Di Johorpun ada ni Sheila sebab mak mertua pernah masak..
PadamOhh masih teringat rasanya.. masak lemak cili api ..hingga menjilat jari ibu.. :)
BalasPadamMemang sedap kan..
Padammasa kecik dulu rasanya pernah nmpk mushroom nie,tp tak berani nak makn gitu je sbb ada org kata kulat tak boleh mkn sebarang,ada racun betul ke tak ekk..
BalasPadammmg sedap hidangan mushroom.sy suka!
Kulat/ sendawan banyak jenis PK. Kulat sisir ni tak beracun tapi jadi beracun jika terkena racun rumpai yang disembur di kawasan tersebut.
Padamjs x pandai mkn...huhu
BalasPadamRugi JS tak makan. Sedap tau..
Padamjrg mkn cndawan sbb jrg beli...hihi..tp sedap! :D
BalasPadamMemang sedap CTK.. Rugi siapa yang tak makan..
Padamalahai sedapnya..lama dah tak makan,masa kecik2 dulu mmg suka sgt makan cendawan ni
BalasPadamMemang sedap. Rugi kalau tak makan..
Padamkulat sisir?? 1stime yana dgr. tp nmpk mcm menyelerakan ^^
BalasPadamSedap Yana terutama masak lemak cili api..
Padamsedapnyaaa.. sy suke makan ni.. tp dh lama xmakan huhuhu
BalasPadamNurul sgt suka cendawan
BalasPadamsy makan juga cendawan...
BalasPadamtapi tak tahu cendawan jenis apa yang sy makan.... ^_~
hihi...
memg sedap cendawan ni...skg sush nk dapat..
Padam