Hari berganti hari, namun kesibukan terus melanda. Kesannya, semalam blog ini sepi lagi tanpa entri. Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman yang masih sudi berkunjung dan meninggalkan komen.
Di samping waktu mengajar yang padat, semalam ibu juga menyiapkan Borang Perakuan Calon bagi calon-calon UPSR 2013. Borang ini amat penting kerana perlu dibawa oleh calon ke dewan peperiksaan. Tahun lepas ibu pernah ceritakan dalam entri Hanya Dua Bulan Lagi.
Ini merupakan kerja rutin guru kelas Tahun Enam. Seperti biasa, tugas yang mudah menjadi sukar apabila ada yang tidak memberikan kerjasama. Untuk mendapatkan dua keping gambar sahaja memakan masa berbulan-bulan. Cikgu memang makan hati sebab banyak tugasan lain yang menanti.
Akhirnya, cikgu hilang sabar lalu membuat pengumuman. "Sesiapa yang belum menyerahkan gambar, saya akan letakkan apa-apa sahaja gambar yang saya suka. Mungkin gambar rimau, singa atau monyet."
Dalam masa beberapa hari, masalah selesai. Mana tidaknya, cikgu yang penyayang siap tunjukkan gambar binatang-binatang "comel" tu. Hanya tunggu masa nak tampal je...
Budak Sepet nak UPSR tahun ini. Yang susah hati.....???
BalasPadamhurmm..kna banyak bersabar dgr kerenah budak2..huhu
BalasPadammmg susahkan kak bila xdpt kerjasama drp murid-murid...itu yg buat kita jadi mcm mak tiri ...geram!!!!!!
BalasPadamSaya tak tahan gelak sorang baca pengumuman Sal ni: "Sesiapa yang belum menyerahkan gambar, saya akan letakkan apa-apa sahaja gambar yang saya suka. Mungkin gambar rimau, singa atau monyet." dah geram sgtlah ni ya!
BalasPadamSebut pasal cikgu penyayang ni, saya teringat anak saya si abang masa sekolah rendah. Waktu tu dia dlm darjah 4/5 cam tulah... Ada sekali dia kena marah dgn cikgu kelas dia dan dirotan... Sal tahu apa dia cakap, "cikgu tak sayang saya!" terkedu cikgu tu... saya dapat tahu ni pun dari ustazah dia... kebetulan terserempak dekat bank. Heboh satu sekolah bila si abang cakap macam tu. Sejak dari hari itu... cikgu tu baik dgn dia sampai sekarang... dan cikgu itulah yang sentiasa memberi galakan dan dorongan malah yang mencetuskan impian untuk melanjutkan pelajaran ke UK pada abang. Mereka sentiasa berhubung walaupun si abang sekarang sudah berada di UK.
hihi mmg susah nak dpt kerjasama semua.nasib baik dpt idea tu ya
BalasPadamhaha luculah akak nak letak gambo monyet..
BalasPadamsusah juga kan layan kerenah murid2 ni :)
hehe..js pun slalu gak bising sbb tiap2 thn cikgu minta copy surat beranak...hikhik
BalasPadamAssalamu'alaikum di tengah malam buat Cikgu Salmi dari Ummi :D
BalasPadamKedidi biru di dahan lebar,
Tangkap lelayang terjerat piru ,
Menjadi guru bertahan sabar,
Bersikap penyayang ibarat ibu.
Hihi.. memang salah satu cabaran seorang guru :)
BalasPadamelok jugak tampal gambar rimau, singa atau monyet. cakap elok2 tak faham jugak :D
BalasPadam*salam ziarah
hahah bila nak tukar dgn gambar monyet laju je diorg hantar gambar....taktik yg mujarab tu.... :D
BalasPadam