Hari ini adalah hari penting buat anakanda Nur Lina Farhana. Ude akan memulakan perjuangan dalam peperiksaan SPM. Moga Ude dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. Ibu, ayah, Along, Angah dan adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan Ude.  
Good luck Ude!!!!!!
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan-Mu, kami mohon kerahmatan-Mu, kami mohon taufik dan hidayah-Mu, ya Allah. 
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa  kedua-dua
 ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli 
keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan 
muslimat. 
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan
 urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami 
manusia yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang 
sentiasa mencintai-Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami 
lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima-Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan
 hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu-Mu. Tetapkan niat di hati 
mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana-Mu ya Allah. 
Semata-mata kerana-Mu ya Allah. Semata-mata kerana-Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami
 mohon kepada-Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh 
guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada 
mereka untuk menerima ilmu-Mu ya Allah. 
Ya Allah,
Hari ini, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan SPM ya Allah. Kami mohon kepada-Mu ya Allah, 
bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya 
Allah. 
Ya Allah,
Peliharalah
 kesihatan anak-anak kami pada hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah 
mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan 
kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan 
resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. 
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang 
memeriksa kertas jawapan anak-anak kami nanti. Dorongkanlah hatinya untuk 
memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya 
daripada melihat kesalahan yang anak-anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang 
dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang 
cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang 
lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi 
hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada-Mu. Jadikanlah
 anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan 
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada-Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai 
sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan 
buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin dalam kalangan orang yang bertakwa.
Ya
Allah,
Apa
yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang
kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabatku ya Allah. Berikanlah mereka
kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. 
Ya
Allah,
Sesungguhnya,
anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu
mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah-Mu
yang berkekalan ya Allah.
Ya
Allah,
Jadikanlah
anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya
Allah. Jadikanlah anak-anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka
untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga-Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke
neraka-Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah
Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya
Allah,
Kami
tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan
anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami ya
Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau
redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat-tempat yang Engkau
murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah
doa-doa kami ini. Kami memohon kepada-Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami
meminta kepada-Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada-Mu
kerana Engkaulah yang maha Mengkabulkan doa-doa kami ini. Jika
Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan
mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Semoga doa mu diangkat ke langit!
BalasPadaminsyaallah Ude pasti yakin boleh! Sama2 kita doakan
BalasPadamamin...
BalasPadamgood luck
aminnnn ya rabb...semoga anak akak berjaya dunia akhirat!
BalasPadamAmin...Semoga berjaya
BalasPadamameen...
BalasPadamgud luck utk ude juga!
amin. gud luck.. ^_^
BalasPadamgood luck uda...rupanya anak sis sebaya ngan sis nza ekk...^^
BalasPadamDoa ibu..insya-Allah dimakbulkan Allah. Selamat berjaya Ude..
BalasPadamgud luck utk ude..
BalasPadamInsyaAllah...Ude akan berjaya nnti..
gud luck ude...achik doakan agar ude dan angah nadiah dipermudahkan menjawab soalan SPM dan beroleh kejayaan cemerlang nnti...InsyaAllah..aminn....
BalasPadamAmin,amin,amin..ya Allah perkenankanlah doa sahabatku ini.
BalasPadamgood luck uda, do your best. Moga Allah permudahkan.
Saya turut mendoakan Ude akan tenang segalanya dipermudahkan ketika berada di dewan peperiksaan dan InsyaAllah akan mendapat kecemerlangan dalam keputusannya nanti.
BalasPadamSampaikan salam saya padanya. Yakin pasti boleh!
Dan dari apa yg saya baca di blog Sal, Ude juga seorang yg pintar. Alhamdulillah! Sal ibu yg bertuah!
Good luck Ude...Do your best k :-)
BalasPadamWilma doakan agar Ude dapat menjawab soalan SPM dengan baik seterusnya dapat keputusan yang baik nanti ^_^
gud luck utk ude..
BalasPadamas salam
BalasPadamsemuga dia berjaya dengan cemerlang..berjaya di dunia dan akhirat..aamiin :)
Amin...amin...amin. Semoga berjaya dgn cemerlang.
BalasPadamsemoga dipermudahkan menjawab semua soalan exam.gud luck utk ude!
BalasPadamsemoga anak akak berjaya dalam SPM
BalasPadamAmin...good luck ya..
BalasPadam