Rabu, 7 Mac 2012

Bakat vs Minat

Assalamualaikum
Selain Bahasa Melayu, ibu juga mengajar mata pelajaran pendidikan seni visual (PSV). Bukan satu, bukan dua, tapi tiga kelas. Kebiasaannya, waktu subjek ini, ibu akan bawa murid-murid ibu ke Bilik Seni.

Di sini mereka bebas untuk berkreativiti. Tidaklah cikgunya bimbang jika tertumpah warna atas meja yang dah beralas cantik. Lebih membimbangkan jika ada yang tergunting alas meja. Tak pasal-pasal ibu kena ganti.

Semasa murid-murid menjalankan aktiviti, dapatlah dikenal pasti minat dan kecenderungan mereka. Ada yang memang berbakat dan cukup berminat . Ada pula yang kurang berbakat tetapi nampak amat berminat. Tidak kurang juga yang kurang berbakat dan tidak berminat. Yang termasuk dalam golongan ketiga ni, kenalah cikgunya pantau lebih sikit.

Sambil murid menjalankan aktiviti, sempat jugalah ibu snap gambar koleksi lukisan murid-murid yang dipamerkan di sini dan yang ibu jadikan bahan bantu mengajar hari ni.

 
 
 
 
 

Bila2 berkesempatan nanti, ibu kongsikan pula hasil tangan murid-murid ibu 
hari ni..




Menggamit Memori

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam sepi lagi teratak ibu ni.. Bagi rakan-rakan yang berkunjung, maaf daripada ibu kerana masih menghidangkan sajian kelmarin. Itupun sekadar berita yang dipinjam. Buat masa ni ibu masih mengejar masa. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.

Minggu ni, minggu peperiksaan di sekolah ibu. Tengah hari semalam ibu dah mula menyemak jawapan murid-murid. Hajat dihati, sebelum cuti sekolah ni nak siapkan semua kerja termasuk menyemak semua skrip jawapan murid. Jadi, cuti ni bolehlah ibu mengadap mesin jahit pulak (boleh percaya ke??)

Minggu ni juga ibu perlu turun padang membantu rakan-rakan melatih murid-murid olahraga. Lepas cuti sekolah nanti, kejohanan olahraga peringkat zon akan bermula. Faham-faham je lah kalau dah ke padang. Penatnya mengalahkan murid yang berlatih.

Semalam ibu melatih murid lompat tinggi; acara kegemaran ibu. Masa tengah melatih tu, teringat pulak zaman muda-muda. Jangan tak tau, ibu ni juara lompat tinggi sejak sekolah rendah hinggalah mewakili maktab. Masa di maktab, ibu ada sorang penyokong setia tau.. Dan dia terus setia menyokong ibu sampai sekarang.

Gambar hiasan l Google image

Ada yang berkongsi acara kegemaran ini dengan ibu?


Isnin, 5 Mac 2012

2 Maut, 20 Cedera

Kemalangan di Lebuhraya KL-Karak

KUALA LUMPUR: Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara dari Genting Highlands hari ini.


Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong kepada Bernama.

Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti.

Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. 

Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan. 


Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya. – BERNAMA



Jumaat, 2 Mac 2012

Rezeki Ibu @ GA Tahun Baru Ummihanie.com

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ni keputusan Giveaway Tahun Baru Ummihanie.com yang dianjurkan oleh Ummihanie.com telah diumumkan.

Tahniah buat Zefa yang menang hadiah pertama Top Referral. Tahniah juga buat FH @ Afrina Natasya yang menang tempat kedua dan Puan Bee  yang mendapat tempat ketiga.

Ibu tak termasuk pun dalam senarai top referral. Memang dah jangka sebab ibu tak rajin buat promosi. Ibu hanya berharap untung nasib untuk menjadi antara tiga peserta yang memenangi cabutan bertuah. Itupun taklah berharap sangat sebab ibu ni jarang bertuah kalau masuk apa-apa peraduan.

Walau bagaimanapun, cer tengok ni..

 
Tak sangka betul yang no. 8 tu bertuah juga rupanya..

Terima kasih yang tak terhingga buat penganjur; Ummihanie.com dan para penaja; UK Store, Nis Azmier e-Mall, Yati ‘n Stitch, Freshie Belek

Moga rezeki mereka makin bertambah. Lain kali boleh buat GA lagi..

Oh ye, hadiah untuk pemenang cabutan bertuah ialah Cash @ Top-up RM15 setiap seorang atau inner dari Nis Azmier e-Mall


Khamis, 1 Mac 2012

Karnival Koakademik Bahasa Melayu ♥ Tahniah, Raudhah & Farah!

Hari ni ibu tak ke sekolah. Bukan bercuti, tapi ibu ke sini..

Meriah betul pentas ni..

Bersama-sama ibu ke sini ialah empat orang lagi rakan guru sekolah ibu. Dua orang mengiringi anak didik yang bertanding, seorang sebagai juruacara dan seorang lagi sebagai hakim.

Agaknya apa tugas ibu?
Sebenarnya, ibu melangkah ke sini sebagai hakim bagi pertandingan pidato. Dah dua tahun ibu diberi kepercayaan menjalankan tugas ni. Sebelum itu, ibu pernah menjadi hakim pertandingan bercerita. 

Bukan mudah nak jadi hakim yang adil dan saksama.. Jadi, Selasa lepas kami, para hakim dah pun menghadiri taklimat.

Tahniah buat dua orang murid sekolah ibu; Siti Nur Raudhah dan Farah Ashiqin yang masing-masing mendapat tempat kedua dan keempat pertandingan bercerita tahap satu dan tahap dua. Tahniah juga buat jurulatih mereka, Cikgu Zainudin, Cikgu Maryam dan beberapa orang guru lain yang sudi meluangkan masa melatih mereka.

Ibu kagum dengan dua orang anak ini. Berjaya juga mereka mendapat tempat walaupun hanya berlatih dalam masa tiga hari.

 Siti Nur Raudah dan Farah Ashiqin menerima hadiah daripada Tuan PPD Jerantut

Ps: Hari ni, ayah ibu berangkat ke tanah suci. Moga ayah sihat dan dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA