Rabu, 2 Januari 2013

Pencarian Bloglist 2013 || Belog JCB

Pencarian Bloglist 2013 || Belog JCB 

Tarikh tutup: 9 Januari 2013, 9.00 malam

Ini adalah segmen pertama yang ibu sertai untuk tahun baru 2013. Menurut penganjurnya, boleh saja menyertai segmen ini tanpa membuat entri. Cukup sekadar meninggalkan link di kotak komen dan menyatakan sebab kita menyertai segmen ini.   

Walau bagaimanapun, ibu buat juga entri khas ini sebagai tanda sokongan buat tuan punya Belog JCB ini. Sebenarnya, Mar Haini Abdul Rahim adalah salah seorang pengomen tegar Ibu Berbicara bagi bulan Disember 2012. Peramah orangnya. Betul tak Mar?

Mar akan menyenaraikan blog para peserta segmen ini di bloglist Belog JCB. Sudah tentu ibu nak Ibu Berbicara berada dalam bloglist tersebut.

Ada hadiah buat penyertaan yang memikat hati: 
  • 1x topup RM10
  • 2x topup RM5
Buat rakan-rakan yang belum turut serta tu dipersilakan untuk menyertainya. Klik saje banner di atas.


Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka mulai 7 Januari - 15 April 2013.  

No. Unik ID di BSN juga akan mula dijual pada tarikh tersebut.

Kemasukan adalah pada:
  • Lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
  • Lepasan STPM/Setaraf - September 2013 

Berikut adalah Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA Sesi Akademik 2013/2014:


Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.



Selasa, 1 Januari 2013

Top Commenters Disember 2012

Terima kasih buat semua rakan yang tidak jemu-jemu berkunjung, membaca coretan dan meninggalkan komen di sini. Sesungguhnya, kehadiran dan komen-komen kalian adalah penyeri blog kesayangan ibu ini.

Berikut adalah carta Top Commenters Ibu Berbicara sepanjang bulan Disember 2012. 

Burung bayan terbang bertiga, 
Mari hinggap di ranting mati; 
Bicara kalian amat berharga, 
Terima kasih ikhlas di hati.

P/s: 15 Top Commenters di atas sudahpun tersenarai dalam bloglist di sidebar Ibu Berbicara. Jika ada yang tercicir harap maklumkan ye..


Selamat Tahun Baru 2013

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menghirup udara segar pada pagi 1.1.2013 ini. Berlalu sudah  2012 yang amat mencabar. Dugaan demi dugaan datang menyapa namun syukur kepada-Mu ya Allah kerana memberikan kekuatan ini. Moga terus kuat untuk mengharungi cabaran 2013.


Waktu terus berlalu, 
Lembaran demi lembaran telah dilalui,
Coretan demi coretan telah memenuhi,
Kadang tak bererti,
Kadang tanpa makna,
 
Selamat tinggal kenangan,
Selamat datang harapan,
Moga setiap lembaran akan lebih bererti,
Setiap coretan bakal memiliki makna,
Bermanfaat buat diri,
Bermanfaat buat semua.

 Selamat Tahun Baru 2013.


Zoom A - Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

Zoom-A ialah program pembelajaran secara interaktif melalui Internet. Program pembelajaran yang dirancang rapi, bersistematik, efisien, dan efektif ini adalah antara pembelajaran interaktif yang tercanggih di Malaysia. 

Program ini lahir daripada hasil perkongsian bijak Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan One Touch Education Sdn. Bhd. untuk menyahut seruan kerajaan ke arah peluasan Sekolah Bestari.

Portal Zoom-A bukan sahaja mengandungi bahan latihan dan ujian untuk murid, malah menyediakan pelbagai aplikasi yang dapat membantu meningkatkan prestasi murid. 
 

Login menggunakan password yang diperoleh setelah mendaftar.

 
Untuk menjawab soalan, klik Zoom A seperti yang telah ditandakan.
 
Terdapat lima bentuk latihan / soalan yang disediakan.
  • Gedung Soalan Topikal 
  • Gedung Soalan Klon  
  • Gedung Soalan Kemahiran 
  • Penilaian Mengikut Aras 
  • Pemelajaran Interaktif Terkini
Di sini para pelajar boleh memilih bentuk soalan yang ingin dijawab sama ada topikal, klon atau ujian. Kemudian, bolehlah murid menjawab soalan-soalan yang telah dipilih.

Murid-murid boleh melanggan pakej pembelajaran Zoom A ini dengan mendaftar melalui pihak sekolah atau boleh mendaftar terus secara online. Yuran langganan hanya RM10 setahun dan terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Jika ingin mengetahu lebih lanjut, sila layari laman web Zoom A di SINI.

Diharap semua pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tahun 6 boleh mendapat manfaat daripada program Zoom-A. Guru-guru juga boleh menggunakan aplikasi ini sebagai bahan bantu mengajar atau sebagai latihan untuk murid-murid.

P/s: Segalanya di hujung jari.


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA