Isnin, 21 April 2014

Pentas Karnival Dakwah 2014

Tahun ini, sekolah ibu menjadi tuan rumah bagi Karnival Dakwah (sebelum ini dikenali dengan Majlis Tadarus Al-Quran) peringkat daerah Jerantut. Majlis berlangsung pada hari Khamis, 3 April 2014. 

Bagi program ini, kami perlu menyediakan lima venue bagi tujuh pertandingan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah. Antara pertandingan tersebut ialah pertandingan bercerita, syarahan, tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, tulisan jawi dan nasyid.  

Kali ini ibu mengetuai jawatankuasa persiapan pentas bagi pertandingan bercerita dan pertandingan nasyid yang juga dijadikan venue bagi majlis perasmian penutup. Hiasan pentas berjaya disiapkan dalam tempoh dua hari memandangkan kerja-kerja menghias hanya dilakukan selepas waktu mengajar. 

 
 Syukur Alhamdulillah, ibu dibantu oleh rakan-rakan guru yang amat kreatif.

 Inilah hasilnya setelah bertungkus-lumus selama dua hari.

 
Faiz turut menyertai Karnival Dakwah kali ini. Setelah empat kali menyertai Karnival Dakwah, dapat juga anak ibu bertanding di atas pentas yang dihias oleh ibu sendiri. 





Khamis, 17 April 2014

Senja nan Indah di Pantai Puteri

Keindahan panorama senja
tatkala mentari melabuhkan tirainya.

Panorama senja memang tidak pernah habis untuk dibicarakan, dilukiskan, mahupun diabadikan dalam sebuah foto. Senja menghadirkan warna-warni yang cantik, sayang sekali andai tidak diabadikan. Semasa Bertamu di Melaka baru-baru ini, ibu sempat merakamkan Panorama Senja di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka.

Inilah pertama kali kami sampai ke pantai ini. Pantai Puteri yang sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu ini terletak di Tanjung Kling. Pantai ini berada di daerah Melaka Tengah, berdekatan dengan Pantai Klebang dan kira kira 10 kilometer dari Bandar Melaka.

Keadaan pantai ini amat bersih dengan pokok rhu yang memenuhi sebahagian pantai dan selebihnya diliputi pasir. Selain sesuai untuk aktiviti perkelahan dan mandi-manda, pantai ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan kerana beberapa kemudahan seperti tandas awam turut disediakan. Selain itu, pantai ini juga popular dalam kalangan kaki pancing malah menjadi salah satu lokasi GP Joran. Keadaan Pantai Puteri yang memanjang memang amat sesuai untuk dijadikan lokasi memancing pantai. Di sepanjang pantai ini juga terdapat beberapa pondok menyimpan bot dan deretan kedai menjual ikan.

Marilah sama-sama kita nikmati keindahan Panorama Senja di Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka.








Rabu, 16 April 2014

Wordless Wednesday 23

Pungutan pingat Kejohanan Balapan dan Padang MSSP 2014





Rabu, 9 April 2014

Wordless Wednesday 22

Si Puteh






Rabu, 2 April 2014

Wordless Wednesday 21

Panorama Senja






COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA