Tahun ini, sekolah ibu menjadi tuan rumah bagi Karnival Dakwah (sebelum ini dikenali dengan Majlis Tadarus Al-Quran) peringkat daerah Jerantut. Majlis berlangsung pada hari Khamis, 3 April 2014.
Bagi program ini, kami perlu menyediakan lima venue bagi tujuh pertandingan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah. Antara pertandingan tersebut ialah pertandingan bercerita, syarahan, tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, tulisan jawi dan nasyid.
Kali ini ibu mengetuai jawatankuasa persiapan pentas bagi pertandingan bercerita dan pertandingan nasyid yang juga dijadikan venue bagi majlis perasmian penutup. Hiasan pentas berjaya disiapkan dalam tempoh dua hari memandangkan kerja-kerja menghias hanya dilakukan selepas waktu mengajar.
Syukur Alhamdulillah, ibu dibantu oleh rakan-rakan guru yang amat kreatif.
Inilah hasilnya setelah bertungkus-lumus selama dua hari.
Faiz turut menyertai Karnival Dakwah kali ini. Setelah empat kali menyertai Karnival Dakwah, dapat juga anak ibu bertanding di atas pentas yang dihias oleh ibu sendiri.
Pentas Karnival Dakwah 2014











