Isnin, 5 Mei 2014

Tema Hari Guru 1972 - 2014


2014   Guru : Pencetus Kreativiti,Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi,1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


sumber: sini







Jumaat, 2 Mei 2014

Ikrar dan Lirik Lagu 'Kami Guru Malaysia'


Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



Lirik Lagu 'Kami Guru Malaysia'

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad 



Rabu, 30 April 2014

Wordless Wednesday 25

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform


Khamis, 24 April 2014

Jom Membaca untuk 10 Minit

Pada tahun ini bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES telah diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia.

Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat yang membudayakan tabiat membaca. Pada tahun ini, kesemua perpustakaan awam negeri melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama, iaitu pada 22 April 2014 pada jam 10.00 hingga 10.10 pagi.

Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu, ibu dipertanggungjawabkan untuk memastikan program yang dijalankan di sekolah ibu berjalan lancar dan menghantar bukti pelaksanaan berupa foto ke perpustakaan awam daerah melalui e-mel atau whatsapp.


Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkam semasa program berlangsung di Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut, Pahang.







Moga pelaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia umumnya dan murid-murid khususnya sekaligus menjadikan perpustakaan awam negeri-negeri seluruh Malaysia relevan dalam masyarakat.




Rabu, 23 April 2014

Wordless Wednesday 24

Kenangan di rumah penginapan @ 
Kejohanan Balapan dan Padang MSSP 2014






COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA