Ahad, 14 Oktober 2012

Menanti di Barzakh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Selamat berhari minggu buat semua. Sambil berehat pagi ni, marilah kita hayati bait-bait lagu ini yang bagi ibu cukup menginsafkan. Menitis airmata tatkala menghayatinya. 

Sebenarnya, lagu nasyid nyanyian kumpulan Far East ini dah agak lama diterbitkan malah pernah menimbulkan kontroversi.  Bagi ibu, kisah dalam lagu ini hanyalah sebuah perlambangan yang mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Inilah realiti yang akan dilalui oleh setiap insan.


Menanti di Barzakh ~ Far East 

Kumerintih, aku menangis,
Kumeratap, aku mengharap,
Kumeminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata.

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya.

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku.

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan kudengari,
Tangis mereka yang kutinggalkan,
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian.

Kembali roh kembali,
Kembalilah ke dalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad di dalam keranda kayu.

Ajal yang datang di muka pintu,
Tiada siapa yang memberitahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk kumengulangi.

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan.


“Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
(As-Sajadah:12)

p/s: Teringat dosa-dosa selama ini. Terlalu leka dengan nikmat dunia yang fana hingga mengabaikan bekalan ke dunia yang baqa. Ya Allah, ampunilah segala dosaku..



Jumaat, 12 Oktober 2012

Terima Kasih ♥ Cik Rose Cute


Terima kasih buat Cik Rose Cute yang sering beri sokongan buat rakan-rakan blogger termasuklah ibu. Cik Rose tak jemu-jemu singgah dan meninggalkan komen di blog ibu ni.. Pernah Cik Rose tak singgah selama beberapa hari kerana komputernya sakit. Tapi, lepas tu tengoklah di bawah ni..

v


v


v


v


v


Pendek kata, Cik Rose ni memang prihatin dan peramah orangnya.. Cik Rose juga berkemahiran mengedit blog. Blog yang dieditnya cantik-cantik belaka malah, blognya sendiri sentiasa berubah wajah. Kepada yang belum kenal Cik Rose, jomlah singgah ke blognya yang comel tu.



Terima Kasih Cik Rose Cute..


Rabu, 10 Oktober 2012

12 Sifat Sahabat Sejati Menurut Imam Al-Ghazali

  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. 
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
** Moga kita memiliki sifat-sifat tersebut untuk menjadi sahabat sejati dan dianugerahi sahabat sejati.


Isnin, 8 Oktober 2012

Hargailah Sebelum Terlewat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Ini entry jamu mata versi alam semula jadi, bukan versi makan-makan atau versi deko-deko rumah ye...  Jom hayati  panorama indah anugerah Allah di bumi China. 

 Taman Perlindungan Tanah Paya Xixi.
Tenang je..

 
Air Terjun Huangguoshu -  air terjun paling lebar dan tinggi di China dan yang ketiga di dunia. Tingginya 77.8 meter dan lebarnya 101 meter

 
Tasik Kanas ("tasik dalam lembah" dalam bahasa Mongol) di kaunti Burqin Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Indah sekali sehingga digelar "tempat suci di bumi"

Zhangjiajie - taman geologi China. Pemandangan alam yang cukup misteri. Jangan tak tau!!!! Penggambaran filem Avatar juga dibuat di sini

Alam semula jadi merupakan anugerah yang tak ternilai daripada Maha Pencipta buat hamba-Nya. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita dipertanggungjawabkan untuk memelihara amanah yang bakal diwariskan kepada anak cucu kita. Marilah kita menjadi insan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada generasi akan datang. 

Sumber:  CRI


Ahad, 7 Oktober 2012

6 Pesanan Imam al-Ghazali


Mari kita renung-renungkan 6 pesanan Imam al-Ghazali ini.. 
  1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada   kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. 
  2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita. 
  3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya. 
  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya. 
  5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita. 
  6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
p/s: Moga 6 pesanan Imam Al-Ghazali ini dapat kita jadikan panduan untuk menjauhkan diri daripada sifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka



COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA