Rabu, 28 Disember 2011

GEYLANG-SHOP DECEMBER GIVEAWAY

Jom join GA

Dengan sukacita dan rasa teruja, ibu nak umumkan yang hari ni ibu nak join GA anjuran Geylang Shop.

 

Klik gambar untuk sertai

GA ni dianjurkan untuk menghargai semua pelanggan dan bakal pelanggan Geylang Shop. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi kerana GA ni akan tamat pada 31 Disember 2011.

Ibu tak nak cerita tentang pengalaman membeli belah secara online kerana ibu pernah buat entry tentang pengalaman tersebut di SINI dan di SINI.

Mengapa ibu suka kain?

Sebenarnya, ibu terlibat secara langsung dalam perniagaan online sejak awal tahun ni. Ibu menjual hasil jahitan ibu yang berkonsep inggeris seperti cushion cover, hanging pillow, throw pillow, table cloth, table runner dan lain-lain lagi melalui blogshop TERATAK IMPIAN.

Semua produk yang ibu hasilkan menggunakan kain cotton samada japanese cotton, english cotton mahupun heavy cotton. Ibu juga suka berkreativiti menggunakan bahan asas kain ni dengan mencari ilham di blog-blog minah salleh. Inilah sebab utama mengapa ibu sukakan kain terutama kain cotton.

Mengapa ibu nak kain cotton polka dots ni? 

Ibu dah hasilkan beberapa rekaan cushion cover, hanging pillow dan throw pillow menggunakan kain cotton polka dots. Walau bagaimanapun, ibu menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan kain cotton polka dots ni. Kain-kain polka dots yang dijual di tempat ibu adalah daripada kain cotton biasa yang rendah kualitinya. 

Jika ibu menang hadiah kain cotton polka dot ni, sudah tentu ibu akan buat alas meja bulat, cushion cover, hanging pillow dan stoking hiasan sedondon menggunkan kain tersebut untuk koleksi peribadi. Sebelum ni ibu tak dapat buat koleksi peribadi sebab bekalan kain yang sering tidak mencukupi.

4m kain cotton polka dots ni tidak memungkinkan ibu menggunakannya untuk membuat baju kerana ibu memerlukan 4 1/4m untuk sepasang baju. (terlebih tinggi.. hehe)

Ok kawan-kawan.. 
mari kita sama-sama memeriahkan GA ni.

Melalui kesempatan ini, ibu ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Geylang Shop. Moga perniagaan mereka berkembang maju. 




6 ulasan:

  1. Assalamua'laikum.
    Tahniah, anda mendapat hadiah utama sempena December GA ini.
    Sila baca announcement di Geylang's Page untuk info lebih lanjut ^^

    BalasPadam
  2. Waa'laikumussalam..
    Terima kasih yang tak terhingga atas pemilihan ini. Hadiah tahun baru yang amat bermakna. Moga Geylang Shop terus berkembang maju..
    Saya dah emailkan maklumat yang diminta. TQSM

    BalasPadam
  3. gud luck k.mie n selamat thn baru..moga biz brtmbah maju...rindu k.mie...

    BalasPadam
  4. Izyan Diyana.. Terima kasih
    Yah.. terima kasih. Rindu juga kat Yah.. Bila ye kita boleh bersua semula??

    BalasPadam
  5. Allhamdulillah.. hadiah dah sampai

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA