Ahad, 11 Disember 2011

Alhamdulillah, Abang Berjaya Juga


"Alhamdulillah.. Faiz dapat 5A". Itulah mesej daripada adik ibu (yang juga guru sekolah anak-anak ibu) pada pagi 15 November 2011. Akhirnya penantian ibu berakhir dengan berita gembira.

Pada masa yang sama, ibu masih di dewan sekolah mendengar guru besar mengumumkan keputusan UPSR sekolah ibu. Ibu dah pun ceritakan tentang kejayaan sekolah ibu di sini. 

Tidak lama kemudian ayah datang menjemput ibu untuk ke Majlis Anugerah Kecemerlangan di sekolah Faiz. Disebabkan ayah agak lewat, juga disebabkan urusan di sekolahnya, kami tak sempat melihat Faiz naik ke pentas menerima slip UPSR. Terkilan juga di hati namun pasrah dengan tuntutan tugas. Jadi, ibu dan ayah tidak tahu macam mana reaksi Faiz tatkala menatap slip peperiksaan buat pertama kalinya.

Ibu dan ayah hanya sempat menyaksikan upacara graduasi yang diadakan selepas itu.

Tahniah buat abang.

Akhirnya, abang buktikan yang abang juga boleh cemerlang seperti Along, Angah dan Ude. Moga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat Abang untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan. Doa ibu dan ayah akan sentiasa mengiringi Abang.


4 ulasan:

  1. Tahniah Faiz....tahniah utk kak mie n suami.....

    BalasPadam
  2. Tahniah Faiz... walaupun dah terlambat....

    BalasPadam
  3. Tahniah faiz. Semoga terus cemerlang dlm pelajaran.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA