Isnin, 12 Ogos 2013

Meredah Kepekatan Malam

Tika orang lain sedang lena diulit mimpi, kami sekeluarga masih meredah kepekatan malam menuju destinasi; baiti jannati. Namun, kami tidak sendirian. Puluhan kenderaan turut menemani kami di jalanan. Moga perjalanan yang masih berbaki hanya beberapa kilometer ini terus dipermudahkan dan kami sekeluarga tiba dengan selamat. Aamiin....


Ahad, 11 Ogos 2013

4 Syawal di Jalan Raya

Assalamualaikum wbt.. Hari ini dah 4 hari kita di bulan Syawal. Tentu masing-masing masih sibuk beraya. Bagi ibu sekeluarga, aktiviti beraya seperti makan-makan dan jalan-jalan terhenti seketika pada Syawal ke-4 ini. Hari ini Angah dan Ude pulang ke kolej masing-masing. Boleh dikatakan sepanjang hari kami berada di atas jalan raya. Pagi tadi selepas...


Jumaat, 9 Ogos 2013

Raya Sakan

Assalamualaikum. Alhamdulillah sudah dua hari kita di bulan kemenangan ini. Tentu masing-masing sibuk menziarahi saudara mara dan sahabat handai sambil bermaaf-maafan.   Rasanya tidak kurang juga yang beraya di depan televisyen. Maklum sajalah, ketika raya ini  stesyen-stesyen televisyen bagai berperang...


Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Aidilfitri

Salam Syawal 1434H buat semua rakan dan pengunjung Ibu Berbicara.  Dari kejauhan ibu menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada tersilap kata, terlanjur bicara. Moga kalian bergembira di Aidilfitri yang mulia. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin Ikhlas, ...


Bersua Kembali

Alhamdulillah, dapat juga ibu berbicara di sini setelah sekian lama menyepi. Maaf ibu pohon buat pengunjung blog kecil ibu ini juga buat teman-teman yang sapaan mereka belum berbalas.  Sebenarnya, ibu agak sibuk pada Ramadan kali ini. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi UPSR bakal menjengah. Namun demikian, anak didik belum...


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA