Khamis, 16 Januari 2014

Jendela Hati

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Awal pagi ini ingin ibu kongsikan sebuah cerita.

Satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, melalui jendela kaca, si isteri melihat jirannya sedang menjemur pakaian. "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Tentu dia tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok," sambung si isteri.

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi apa-apa komen. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih lalu dimaklumkan kepada suaminya. "Abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni. Siapalah agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?" kata si isteri.

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi ni dan bersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela). Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik kerana itulah segalanya.

Hati menentukan fikiran.
Fikiran menentukan perkataan dan perbuatan.

Sumber: Whatsapp 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)


13 ulasan:

  1. Assalamualaikum ibu. terima kasih untuk sedikit peringatan ini. ibu sihat? lama tak nampak diblog..

    BalasPadam
  2. kisah pengajaran....biasanya sering berlaku keadaan mcm tu bila sntiasa berfikiran negetif pd org2 disekeliling...

    BalasPadam
  3. kisah penuh teladan..terksima juga bila menyelaminya..manusia mmg begitu,selalu nmpk kesalahan org lain,tak nmpk salah diri sendiri

    BalasPadam
  4. terima kasih ibu sudi berkongsi :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wbt , ibu :) Lamanye In tak singgah sini ! Huhu .. Entry ni sangat bagus .. Allahu ... syukran atas peringatan ini :)

    BalasPadam
  6. Terima kasih perkongsian ini ibu.. Berguna untuk semua.

    BalasPadam
  7. Semoga dijadikan pengajaran untuk kita semua.

    BalasPadam
  8. terus terlekat pacak kena batang hidung dia

    BalasPadam
  9. menafsir hanya dari pandangan mata kasar

    BalasPadam
  10. walau pon singkat sangat bermakna dan memberi ilmu yang berguna..thanks

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA